1. Buka file baru dengan menekan CTRL + N atau new dan pilih Flash File (action script 2.0)
2. Kemudian
buatkan sebuah objek, contohnya objek berbentuk kotak pada frame pertama,
menggunakan rectangle tool. Objek tersebut harus di convert menjadi symbol
supaya objek yang kita buat tersebut mendapatkan animasi secara automatik. Caranya
dengan mengetik kanan objek tersebut kemudian pilih convert to symbol
atau dengan menggunakan shortcut F8
3. Kemudian
muncul symbol movie clip, button dan graphic, pilih movie clip dan beri nama
symbol tersebut dengan bentuk objek contohnya "kotak" supaya tidak mendatangkan kekeliruan. Jika objek kotak tersebut sudah ada sebuah
titik putih semasa kita select objek tersebut bemakna objek tersebut sudah
berhasil dibuat.
4. Seterusnya
kita buat objek tersebut pada frame yang akan kita tentukan arah gerak objek
tersebut. Kita buat objek tersebut pada frame ke 20 supaya objek boleh bergerak
tidak terlalu cepat. Seperti teknik frame by frame, klik kanan pada frame 20
kemudian pilih insert keyframe. Kemudian tarik kotak ke arah yang
berbeza dari objek pada frame 1 tadi.
5.Setelah
membuat 2 frame, klik pada frame yang berada di tengah antara frame 1
dan frame 20 yang sudah kita buat tadi untuk menggerakkannya, kemudian klik
kanan pilih create motion tween. Jika
frame yang kita setting tadi mempunyai gambar seperti anak panah maka teknik
motion tween sudah berjaya dilakukan. Kemudian tekan CTRL + Enter atau
tekan butang Test Scene untuk
memainkannya.
6. Teknik
motion tween ini boleh dikembangkan
dengan banyak objek. 1 objek hanya berlaku untuk 1 layer saja. Jika
dalam 1 layer ada 2 objek yang kita buat symbol dan kita beri animasi maka
objek itu akan menyatu ketika dimainkan.
7.Setelah
siap, bolehlah Publish untuk
menyimpan video.
0 Comments