Kata Sendi Nama dan Contoh-contoh Ayat

 

Kata sendi nama ialah perkataan yang menghubungkan kata nama atau kata ganti dengan perkataan lain dalam sesuatu ayat. Biasanya kata sendi akan diletakkan di hadapan frasa nama (oleh Nana, demi awak, dalam hati). 

Walaupun begitu, setiap satu kata sendi nama ini mempunyai tugas atau fungsi-fungsi tertentu yang berlainan yang ditentukan oleh peraturan khusus. Kata sendi nama ada juga yang mewakili kata-kata lain contohnya, dalam berfungsi sebagai kata arah atau kata adjektif, sampai berfungsi sebagai kata kerja dan akan berfungsi sebagai kata bantu. 

Contoh-contoh kata sendi nama:

ke, pada, kepada, dari, daripada, di, akan, dengan, demi, hingga, kerana, oleh, sebab, sampai, seperti, untuk, serta, laksana, sejak, terhadap, umpama, antara, tentang

Contoh-contoh ayat:

1. Erra Fazira menyanyi sampai hilang suaranya. 

2. Burung-burung puyuh itu terbang ke arah utara.  (nota: kata sendi nama ke tidak boleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia atau binatang)

3. Benang berasal daripada kapas. (nota: daripada hanya terhad kepada punca merangkumi manusia, haiwan dan benda termasuk unsur mujarad)

4. Hanna illy baru pulang dari pekan. (nota: dari digunakan untuk tempat dan waktu)

5. Mereka berbincang tentang masalah yang dihadapinya. 

6. Wang itu ada pada ibu.


Cuba jawab soalan-soalan di bawah ya! Good luck :)

sumber: google

sumber: google

*maksud mujarad:  tidak tampak dan tidak dpt dirasa; abstrak



Baca juga: Kesalahan penggunaan kata sendi nama

Post a Comment

11 Comments