![]() |
Gambar: Google |
Pengajaran
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan
bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara
sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar
yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil
inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai
kemahiran yang diperlukan. Pengajaran merupakan aktiviti yang berkaitan dengan
penyebaran ilmu pengetahuan yang meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan,
penyampaian, bimbingan dan penilaian. Secara ringkas, pengajaran merupakan
proses untuk menyampai dan menyumbang idea-idea serta memudahcara pembinaan
ilmu, menentukan standard dan menggalakkan kreativiti, membantu seseorang
pelajar untuk belajar dan mencabar pelajar ke arah pencapaian potensi
optimum. Pengajaran boleh dihuraikan sebagai satu cara untuk menyediakan
pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk berfungsi dengan
baik. Faktor terpenting dalam pengajaran ialah guru perlu menilai
keperluan–keperluan pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasi
strategi-strategi serta aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk pelajar.
Pengajaran sebagai organisasi yang dirancang dan diolah oleh guru
untuk meyampaikan pemahaman tentang maklumat atau pengetahuan tertentu kepada
pelajarnya dalam suasana yang dipanggil bilik darjah (Arbak 1985) manakala bagi
Ee Ah Meng (1989) menyatakan bahawa pengajaran sebagai satu sains iaitu sistem
aktiviti-aktiviti yang ditujukan kepada murid-murid dengan bertujuan membawa
perubahan tingkah laku dikalangan mereka.
Sharifah Alwiah (1983) menganggap pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Sharifah Alwiah juga menganggap pengajaran sebagai suatu proses komunikasi walaupun tidak semua aktiviti pengajaran merupakan komunikasi antara guru dengan pelajar. Yaxley (1991) berpendapat, pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna. Yaxley juga melihat pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian.
Rujukan: Mahfuzah Zainol, 2016. Panduan Pengajaran Pendidikan Khas Kemahiran Kognitif.
Juga baca: Definisi Operational: Perkembangan
5 Comments
tq sharing
ReplyDeletegood info! anyway thanks for dropping your comment at my lil blog
ReplyDeleteBukan semua orang boleh jadi guru yang baik... kan?
ReplyDeletedah lebih 26 tahun abam kie mengajar di sekolah menengah..
ReplyDeleteGuru itu pahlawan tanpa tanda jasa... ^_^
ReplyDeleteBlogwalking... plus follow, jom follow balik