Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak





Perkembangan kognitif merupakan salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh setiap kanak-kanak. Ia sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan dan masa depan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kognitif sering dikaitkan dengan proses perkembangan intelek seseorang dan perkembangan mental. Kemahiran kognitif adalah kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental kanak-kanak seperti mengingati, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup seseorang individu.
Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanaka-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku dalam satu perkembangan kepada yang seterusnya. Teori utama perkembangan kognitif telah dikemukakan oleh Jean Piaget telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap yang mengikut turutan umur.
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia yang berbeza. Jean Piaget berpendapat persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya kanak-kanak membina pengetahuan mereka secara aktif untuk mamahami persekitaranya. Keadaan ini berlku melalui pelbagai proses penerokaan, manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Jean Piaget telah membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap:
(i)        SKEMA ( Schema)
(ii)      PENYERAPAN ( Assimilation)
(iii)    PENGUBAHSUAIAN (Accomodotion)
(iv)    KESEIMBANGAN (Equilbrium)

(i)       SKEMA ( Schema)
Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Skema adalah seperti sebuah rak yang menyimpan banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Seorang bayi apabila dilahirkan ia mempunyai skema umum dan semakin bayi itu membesar skema yang diperolehi semakin lama semakin meningkat dan skema itu diperhalusi. Skema juga ditakrifkan sebagai proses memperhalus, membuat perubahan, mencipta, menyusun dan mengurus. Apabila seseorang bayi dilahirkan, skema sedia ada pada bayi itu adalah menghisap susu dan menggengam. Apa sahaja benda yang dimasukkan ke mulut akan dihisapnya. Seperti putting susu atau jari tangan. Bayi berkenaan masih belum dapat membezakan yang mana satu akan mengeluarkan susu atau sebaliknya, kerana hanya ada satu sahaja skema iaitu menghisap.
  
(ii)     PENYERAPAN (Assimilation)
Penyerapan merupakan poses kognitif di mana seseorang menyatukan maklumat-maklumat baru atau pengalaman–pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan (asimilasi) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Contohnya, kanak-kanak mengetahui struktur asal motosikal dan spesifiknya informasi berkenaan itu di simpan dalam fail (skema). Bermula dengan motosikal yang biasa kepada motosikal yang mempunyai pelbagai jenama, bentuk dan maklumat setiasa ditambahkan. Proses ini berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai informasi dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengan gelas yang diisikan air dalamnya secara berterusan ia akan memenuhi gelas tersebut. Oleh itu, perubahan yang berlaku adalah secara kuantitatif atau bukan kualitatif.

(iii)    PENGUBAHSUAIAN (Accomodation)
Pengubahsuaian merupakan proses kognitif yang dikenali sebagai proses penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema (development of scheme). Jika maklumat yang diterima sesuai dengan skema yang ada, maka ia akan disera[ ke dalam skema, sebaliknya jika maklumat itu tidak sesuai, maka maklumat itu akan ditolak, diubah  atau diuabahsuai.  Oleh itu, proses penyesuaian diri berlaku apabila skema yang sedia ada diubah suai untuk digabungkan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu kemahiran tertentu.

(iv)  KESEIMBANGAN (Equilbrium)
Keseimbangan akan tercapai apabila seseorang kanak-kanak menyeimbangkan proses penyerapan an pengubahsuaian. Malah, jika dia sudah mencapai tahap keseimbangan yang memberangsangkan kanak-kanak akan memperhalusi informasi yang diterima. Contohnya, apabila seseorang kanak-kanak menerima maklumat baru, ia akan menyerap maklumat itu ke dalam skemanya. Sekiranya ia berjaya proses keseimbangan akan tercapai. Sebaliknya, jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Jika maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka  tahap keseimbangan akan tercapai. Proses ini berlaku secara berterusan bermula dari bayi sehingga dewasa.
Dari kajian dan pemerhatian, Jean Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah berbeza dan berubah melalui empat peringkat mengikut perubahan umur mereka. Piaget membahagikan empat peringkat sensori motor, pra opersi, opersi konkrit dan operasi formal.
·         Peringkat Sensori Motor (0 – 2 tahun)
Dalam peringkat umur ini, kanak-kanak mula menggunakan deria motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkan selama dua bulan, seorang bayi sudah boleh membezakan objek-objek di dalam prsekitarannya. Kanak-kanak kelihatan mula boleh belajar bahasa dan lambang yang sudah difahami. Kanak-kanak cuba belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta cuaba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya.
·         Peringkat Pra Operasi (2 – 7 tahun)
Kanak-kanak boleh menggunakan bahasa serta simbol untuk menggambarkan sesuatu konsep. Apabila mencapai umur 4 tahun, kanak-kanak telah boleh bertutur dengan fasih dan melalui bahasa yang dikuasainya itu, perkembangan kognitif kian menjadi pesat. Mereka menganggap pengalaman dan pandangan orang lain adalah serupa dengannya. Kanak-kanak mula berupaya memberi sebab untuk menyokong kepercayaan mereka, boleh megelaskan objek mengikut ciri tertentu dan memahami konsep bilanagn. Menurut Piaget, kanak-kanak pada peringkat ini bersikap egosentrik iaitu mereka melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif sendiri. Contohnya, apabila menonton kartun, kanak-kanak akan beranggapan bahawa semua orang mempunayi minat yang sama dengannya.

·         Peringkat Operasi Konkrit (7 – 11 tahun)
Kanak-kanak mula memperolehi konsep tranformasi, menguasai proses kebalikan dan akhirnya mengamati proses songsangan. Di samping itu, kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada satu perkara pada satu masa. Kanak-kanak sudah boleh memikir secara induktif atau deduktif serta dapat menguasai konsep masa dan kelajuan. Bagaimanapun, keupayaan berfikir secara logik masih terbatas kepada konkrit sahaja. Mereka masih tidak mempunyai kebolehan untuk berfikir secara abstrak. Oleh itu, mereka masih tidak dapat menyelesaikan masalah yang kompleks. Di dalam peringkat ini, kebanyakkan aktiviti pembelajaran yang bererti masih bergantung kepada objek-objek konkrit dan pengalaman secara langsung.
·         Peringkat Operasi Formal (selepas 12 tahun dan ke atas)
Remaja telah berfikir secara abstrak dan boleh menyelesaikan masalah yang lebih kompleks. Mereka juga boleh berfikir secara deduktif atau induktif, dan menggunakannya untuk membuktikan teoram atau hukum matematik serta membuat rumusan atau generalasasi daripada aktiviti matematik. Remaja juga boleh menggunakan simbol-simbol matematik untuk menggambarkan konsep yang abstrak, mengaitkan satu kensep dengan konsep yang lain serta menggunakan logik untuk menyelesaikan masalah.

Post a Comment

0 Comments