Kata Ganda Penuh dan Contoh-contoh Ayat

 

Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar. Kata ganda penuh ini terbentuk daripada kata dasar yang diulang keseluruhannya dan diletakkan tanda sempang (-)

Sebagai contoh: 

1. Buku: buku-buku

2. Cawan: cawan-cawan


Kata ganda penuh ini membawa maksud jamak iaitu banyak. Walaubagaimanapun, keperluannya bergantung kepada konteks penggunaan ayat. Kata ganda penuh terbahagi kepada dua iaitu:

1. Kata ganda dasar (kata kerja, kata nama, kata adjektif)

2. Kata ganda berimbuhan (peN-. ke-, juru-. maha-)


Berikut adalah contoh penggunaan dalam ayat (kata ganda dasar):

1. Sila kemaskan buku-buku yang bersepah itu.

2. Setiap petang atuk memberi makanan kepada anak-anak itik peliharaannya.

3. Kucing-kucing jalanan tersebut dalam keadaan bahaya.

4. Ketua-ketua pasukan mengawasi setiap pemain.

5. Bunga-bunga di taman itu sangat cantik.


Kasut-kasut








Nota: Kata ganda yang tidak mempunyai tanda sempang  ialah apabila kedua-dua perkataan (dalam kata ganda) mempunyai maknanya sendiri apabila tidak digandakan seperti sampah sarap, sampah bermaksud benda yang dibuang dan sarap bermaksud pelbagai jenis sampah. Kata ganda bebas masih mempunyai tanda sempang seperti cerai-berai dan ulang-alik. (dipetik dari PRPM)

Post a Comment

5 Comments

  1. Thank you for your sharing :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih. ilmu yang bermanfaat :)

    ReplyDelete
  3. Hi Hanna, thanks for dropping by my blog yesterday!
    Cakap pasal kata ganda ni, dulu masa sekolah rendah selalu confused nak pilih jawapan contoh bunga-bunga or bebunga. Kadang2 main hentam jawab exam last2 kena ketuk ketampi sebab salah hahaha
    You cikgu ke??

    ReplyDelete