Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, engkau dan kamu yang biasanya digugurkan. Ayat perintah dapat dibahagi kepada empat jenis:
1. Ayat suruhan
Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Kata ganti nama orang kedua boleh digugurkan atau dikekalkan untuk tujuan penegasan. Boleh juga menggunakan partikel -lah untuk tujuan melembutkan arahan. Contohnya, makanlah kuih ini. Antara contoh yang terdapat dalam data ialah:
i. Pintalah apa-apa yang anda mahukan.
iii. ...dengarlah pesanan aku ini baik-baik.
iii. Kau buatlah sesuatu bagi menghalang dia!
2. Ayat larangan
Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, atau usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Ayat ini dapat dilembutkan dengan menambahkan partikel -lah. Sejenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima partikel -lah, contohnya, Dilarang merokok.
3. Ayat silaan
Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Ayat ini juga boleh dilembutkan dengan partikel -lah. Contohnya, Jemputlah minum air ini.
4. Ayat permintaan
Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Bentuk ayat silaan dan permintaan tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan. Oleh sebab itu, contoh ayat berikut tidak dianggap betul. Contohnya, Sila jangan merokok. Bentuk ayat larangan yang betul yang diberi ialah 'Jangan merokok'
![]() |
gambar Google |
15 Comments
Assalamualaikum w.b.t...hai,
ReplyDeletenice entry..lama dah sy x belajar bahasa melayu hehe..
thank you for sharing..
Harap bermanfaat ya :D
DeleteSenang bisa blogwalking ke jiran tetangga. Salam,,
ReplyDeleteTerima kasih sudi berkunjung Saudara Wahyu ;)
Deletenice info sis hanna :)
ReplyDeleteDone followback Diya. Terima kasih :)
DeleteBetul..usahalah berhenti merokok ya ..sayang diri anda
ReplyDeleteHahaha ya! Sila berhenti merokok. (sopan)
Deletemcm belajar bahasa melayu semula. seronoknyaa
ReplyDeleteHehe bahasa jiwa bangsa. Semoga bermanfaat ya Ray ;)
DeleteSy harap anak sy dpt belajar ttg ayat perintah kat sini nanti..kudos to this blog😆
ReplyDeleteHahaha cepat cepatlah kahwin cikgu 🥰🥰🥰
DeleteTq sis, amat membantu untuk assignment saya. Tapi saya rasa macam xde tarikh kan hehe
ReplyDeleteTq jugak sis berkunjung ke sini. Aah. Memang off tarikh. Hehe.
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete