Teknik latih tubi
adalah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
Tujuannya, untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin ketekalannya.
Teknik latih tubi ini sesuai dijalankan dalam pengajaran bahasa Melayu. Teknik
ini boleh digunaankan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran
menyebut perkataan ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting. Melalui teknik
ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, dan memikirkan maksud
perkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang menggunaan
perkataan-perkataan tersebut.
Berasaskan
pengajaran bahasa dengar dan sebut (audioliungual) yang biasanya digunakan
dalam pengajaran bahasa kedua. Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan
kepada lima aspek kebolehan menggunakan bahasa iaitu:
i.
Sebutan
Menyebut patah-patah
perataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yang membawa makna dalam
sesuatu situasi.
ii.
Tatabahasa
Penggunaan bahasa yang
betul dan tepat mengikut hukum tatabahasa daripada semua aspek.
iii.
Perbendaharaan kata (vocabulary)
Meluaskannya dengan
penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut konteks dalam situasi tertentu.
iv.
Kefasihan (fluency)
Menggunaan perkataan
dan lain-lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah maksudnya.
v.
Kefahaman (Comprehension)
Latihan memahami soalan
dan memberikan jawapan yang wajar.
Teknik
ini juga dikenali sebagai juga dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan teknik
ini ialah ia menghadkan kebebasan
berfikir dan menumpuan daya kreativiti murid. Namun begitu teknik ini sesuai
untuk, isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan dan ulangan.
0 Comments