Bersiar-siar Menaiki Bot Panjang di Sg. Pahang, Temerloh


Assalamualaikum. Hai semua. Apa khabar?

Entry ni sepatutnya Na update weekend, tapi terlambat pula. Heh. 
Okaylah, Na nak cerita baru-baru ni Na dan kawan (Syazana) mengambil keputusan nak pergi jalan-jalan memandangkan kami memang dah lama tak leparkkk bersama. Since dah lama tak bersidang, si Syazana ni suggestlah nak buat aktiviti yang lain sikit. Mula-mula tu kami cadangnya nak Jalan-jalan Cari Makan je tapi lepas jalan-jalan sepanjang Pekan Sehari Temerloh, kami nampak orang naik bot. Wehh, baru tahu sekarang dah boleh jalan-jalan naik bot rupanya! Excited jugaklah ktorang masa tu. 

Sampai-sampai kat jeti (jeti ke), rupanya ada student Na yang part time jaga orang turun naik bot tu. Rasalah selamat sikit. Eh gitu. Kat bawah ni Na share gambar-gambar kami okay!








Dan tepuk laju-laju untuk Syazana yang rupa-rupanya takut time dalam bot tu. Hahaha. Dan harga untuk  "Jom Bersiar-siar Menaiki Bot Panjang" ni mengikut pakej tau, Na tak pasti pakej ni kira macam mana sebab semua orang hulur RM6.00 je time tu. 


Berikut adalah harga untuk menaiki bot ya! Dan Na nak pesan sikit, pakailah life jacket elok-elok! Jagalah keselamatan korang. Enjoy enjoy jugak, malang tidak berbau. 😜😜😜

Post a Comment

2 Comments

  1. Haha.. nice. Nxt time try waktu ptg plak. Rasa angin sepoi ptg pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaaa! Baik baik. Tak sabar nak tunggu next weekend!

      Delete