Apa itu Stilistik dalam Bahasa Melayu?

Assalamualaikum semua.


Kita sering membaca buku buku sastera dengan pelbagai gaya penyampaian bukan? Bukan sahaja sastera, gaya penyampaian rakan-rakan blogger juga ada pelbagai caranya. Ini adalah cara dan gaya si penulis untuk menarik para pembaca mereka. Cantik itu subjektif. Begitu juga dengan gaya penulisan seorang penulis. Ada yang menyampaikan dengan cara yang penuh kias kiasan, ada juga yang straight forward. Ada yang menggunakan latar tempat dan masa yang keterlaluan, ada juga yang terlalu ringkas. Semua itu mengikut  kreativiti masing-masing kan? Perkara ini dikenali sebagai style atau gaya. Bagaimana caranya untuk kita ingin menentukan gaya penulis tersebut? Pernahkah anda mendengar tentang kajian stilistik? Apakah yang dimaksudkan dengan stilistik (kajian stilistik)?


Stilistik ialah kajian kuantitif yang berkaitan dengan usaha-usaha mendapatkan atau membuktikan ciri-ciri keindahan bahasa yang universal terhadap sesuatu karya sastera. Ciri-ciri keindahan bahasa itu misalnya berupa rangkapan (perulangan) sesuatu bentuk linguistik seperti ayat jenis tertentu, kata jenis tertentu atau bunyi tertentu. Sesuatu karya sastera boleh berupa novel, cerpen, drama atau sajak. Stilistik adalah ilmu yang mengkaji teknik pemakaian bahasa dalam penulisan yang berkaitan dengan disiplin linguistik. stilistik juga mencakupi stail dan gaya yang dihubungkan dengan pemakaian bahasa sebagai wahana pengucapan. stilistik memfokuskan aspek kebahasaan yang membentuk ilmu gaya yakni gaya sastera dan gaya bukan sastera. dengan lain perkataan, ilmu stilistik adalah ilmu linguistik yang kemudiannya diperluas dalam bidang sastera dengan menekankan kajian tentang bahasa.


Stilistik merupakan bidang kajian kesusasteraan bahasa yang indah. Bahasa menjadi lebih indah atas tuntutan gaya. Dalam stilistik, keindahan bahasa ini diteroka dari segi bahasa dan linguistik. Asas terpenting dalam kajian stilistik ialah kesan karya kesusasteraan itu sendiri kepada pembaca. Dengan dua cara melihat dan menilai karya kesusasteraan ini pembaca dapat menikmati pendekatan ilmuwan yang dilakukan begitu akademik bagi merealisasikan hakikat karya kesusasteraan yang merupakan cerminan masyarakat tidak kira gaya mana yang dilaksanakan.


Berdasarkan sejarah ilmu pengetahuan yang bermula dan berkembang di dunia barat, stilistik berkembang sebagai ilmu disiplin dengan agak lambat, kerana pertindihannya dengan minat kajian teori kesusasteraan yang lebih mendapat perhatian yang lebih awal, malahan rancak dibahaskan di Eropah terutamanya. Stilistik pernah dianggap semata-mata kompetensi kesusasteraan sebagaimana yang dikemukakan oleh Van Eck, ed. (1995:1). Anggapan ini tidak cukup, lalu diperkaya dan diperkuat dengan ia  sedapatnya dimanfaatkan dalam falsafah metafisik, epistemology, politik dan etika. Perkembangan stilistika sebagai teori, dan perkembangannya dalam kaitan dengan penggunaannya dalam karya kesusasteraan perlu berjalan serentak, kerana keberhasilan kajian data dipercayai dengan gabungan kedua-dua masalah pokok tersebut supaya pemahamannya bersifat saling melengkapi. Proses kedua-duanya dianggap dengan lebih penting, malahan lebih perlu, untuk mengukur sejauh mana karya kesusasteraan dapat berfungsi untuk mengetahui masyarakat sebagai asas rujukan, merangkumi segala macam yang menyangkut signifikannya, seperti pemikiran masyarakat, estetik karya dan peranan karya dalam pembangunan masyarakat.


 Stilistik wujud sebagai cabang disiplin linguistik yang berdiri sendiri pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 (o. Ducrot & T. Todorov, 1981: W.V Wartburg, 1969). Dalam bahasa Jerman, istilah stilistik mula digunakan sejak pertengahan pertama abad ke-19. Dalam Bahasa Inggeris stilistik mula digunakan pada tahun 1846 dan dalam bahasa Perancis istilah tersebut tercatat dalam kamus Littre’ pada tahun 1872 (Ulmann, 1964: 100).


Walaupun stilistik sebagai satu disiplin ilmiah masih agak baru, namun pemikiran tentang gaya atau stail sudah lama timbul. Sejarah munculnya stilistik berkaitan rapat dengan retorik sebagai disiplin pertama dalam tradisi Barat yang memberikan “pernyataan bahasa”. Retorik yang bermula pada abad ke-5 S.M. di Sicily dan melalui peringkat-peringkat pemantapan dalam zaman Yunani dan Rumawi mengalami zaman kepudaran pada awal abad ke-19 M. Oleh hal yang demikian, mari kita sama-sama beranalisis dengan gaya penulisan kita ya :)

 
Dipetik dari Zine Lelaki Yang Kehilangan Bayang- bayang - Sederhanaindah


Post a Comment

5 Comments

  1. I'd love to have Sederhanainah punye buku. nnt jumpe i'll buy it.
    Ahhh so that is what it's called. ray tercari2 tau pasal stilistik. i know the meaning or definition of it but the word tu x igt. thnk you for sharing

    ReplyDelete
  2. Thank you jugak Ray. Nanti Ray review buku baru Sedehanaindah ya :D

    ReplyDelete
  3. kami di indonesia mengenal cabang ilmu ini dengan istilah Stilistika kak Hanna. Sering kudengar istilah ini dari teman-teman yang mengambil konsetrasi kuliah di jurusan Sastra.

    Nice artikel :)

    ReplyDelete
  4. Iya iya. Betul tu Mahfud. Kami juga mencari rujukan dari teman teman di Indonesia. Semoga bermanfaat ya.

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  5. Salam nana, ada tak penulisan atau penerangan tentang penanda stilistik? Kerana saya tidak begitu faham tentang penanda stilistik. Mungkin nana dapat terangkan dalam penulisan yang akan datang.

    ReplyDelete