Kesantunan dalam Penulisan Surat Jemputan (Surat Rasmi)

 

    Kesantunan bahasa merujuk kepada nilai sopan yang melibatkan tutur kata, budi bahasa, pertuturan yang elok, halus dan indah serta memancarkan budi pekerti yang mulia. Sebagai seorang Melayu, kita sangat terkenal dengan keperibadian yang mempunyai kesantunan bahasa tinggi dan sangat menjaga adab susila. Dalam Islam pula, daripada Abu Hurairah radhiyallahu an'hu, daripada Nabi sallahu 'alaihi wassalam, Baginda bersabda, "Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, maka hendaklah dia berkata baik ataupun diam.". (Riwayat Al Bukhari dan Muslim). Begitulah pentingnya adab dan kesantunan dalam bertutur. Penutur yang menggunakan strategi kesantunan dalam pertuturan mereka akan menggunakan bahasa yang halus, kata gelaran dan sapaan yang menepati konteks. Sebagai contoh, kita menggunakan kata gelaran saudara atau saudari bagi seseorang yang tidak kita kenali. Kata-kata yang diucapkan biasanya tidak mempunyai maksud sindiran atau ejekan, sebaliknya mengandungi unsur kejujuran serta tidak menyinggung perasaan orang lain yang mendengarnya. 

    Kesantunan penulisan ialah komunikasi bertulis dalam bentuk lambang-lambang tuisan. Kesantunan berbahasa boleh dilihat dalam bahan bertulis seperti surat rasmi, memo, minit mesyuarat, dan laporan. Komunikasi penulisan melibatkan penguunaan bahasa secara bertulis sama ada formal mahupun tidak. 

    Dalam penulisan surat jemputan (surat rasmi), terdapat penggunaan pangkat, gelaran atau rujukan hormat yang perlu disesuaikan dengan pangkat ataupun gelaran yang dimiliki. Contohnya, Yang Amat Berhormat, Yang Amat Bahagia, saudara serta saudari. Selain daripada itu, kata sapaan dan rujukan hormat juga ditulis dalam surat rasmi selepas nama penerima seperti "Salam Sejahtera" atau "Assalamualaikum". Menurut Noriati A. Rashid (2005), strategi memberikan salam ini ditandai dengan ucapan salam yang diujarkan pada permulaan dan juga akhir percakapan seseorang penutur. Menurutnya, seseorang yang berpekerti santun dapat dilihat melalui perlakuannya yang mengucapkan salam apabila bertemu rakan atau keluarga. Ucapan tersebut dianggap dapat menonjolkan kesantunan penuturnya. Walau bagaimanapun, perataan "hai" dilihat hanya sesuai diujarkan kepada sesetengan pendengar dan dalam konteks tertentu sahaja, malah digunakan juga dalam penulisan tidak formal.

    Bagi pembukaan surat pula, perenggan pertama biasanya berkisarkan tentang tajuk yang ingin disampaikan kepada penerima/pembaca dengan ayat-ayat sapaan yang sopan seperti "dengan hormatnya", kemudian, isi surat atau kandungan surat pula terdapat tujuan atau jemputan ang dinyatakan atau digunakan dengan bahasa yang lebih baik dan diperhaluskan lagi seperti "harap" atau "mengharapkan". Isi surat juga dilengkapi dengan lampiran sebagai rujukan pembaca bagi memudahkan. Selain itu, isi surat akan menampakkan kesantunan apabila menyatakan tujuan dengan jelas dan halus. Penutup surat pula ditandai dengan ucapan terima kasih sebagai tanda penghargaan dan harapan penulis kepada pembaca. Sangat teliti dan berbahasa kan?

    Oleh itu,kesimpulannya, kesantunan komunikasi ini sangat penting dalam penyampaian maklumat tidak kiralah sama ada dari segi formal atau tidak formal. Penggunaan kata panggilan yang betul, kata sapaan, gaya bahasa yang tepat, pemilihan kata, dan ayat yang sesuai harus diterapkan bagi mengekalkan kesantunan dalam berkomunikasi. Paling penting, mesej yang disampaikan mestilah tidak boleh menyentuh isu yang sensitif dan menyakitkan hati pihak pembaca/pendengar. Dengan adanya gaya penulisan yang baik dan sopan, maka perkara yang hendak disampaikan lebih bermakna, disegani dan dihormati. 

 

Sekian, Wslm.

Post a Comment

4 Comments

  1. budi bahasa amalan kita. bersopan dalam penulisan biarpun x bersemuka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Abam Kie. Kita haruslah biasakan yang betul.

      Delete
  2. Salam singgah dan follow sini :D

    ReplyDelete