Peribahasa Melayu Mengenai Katak

 

Peribahasa adalah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. Pada zaman dahulu, peribahasa dan kiasan banyak digunakan bagi tujuan menyampaikan sesuatu dengan cara halus dan berlapik. Ada juga peribahasa bertujuan untuk sarcasm

Peribahasa Melayu ini biasanya menggunakan latar tempat, atau latar masa yang "kena" dengan orang-orang Melayu. Sebagai contoh "Pelanduk dua serupa", kita tidak menggunakan "Platipus dua serupa". Kenapa? Kerana platipus ialah haiwan mamalia separa-akuatik kecil endemik di bahagian timur Australia. Na tak pasti pula kalau-kalau platipus dah sampai Malaysia ke belum ketika itu. (hahaha)

Oleh sebab itu, peribahasa Melayu banyak menggunakan haiwan yang ada di Tanah Melayu umumnya seperti ayam, katak, gajah, harimau, ular, singa, dan rusa. Tapi hari ini Na nak share peribahasa Melayu mengenai katak sahaja. 


1. Katak hendak jadi lembu

Maksud: Hendak meniru-niru kelakuan (perbuatan) orang besar




2. Katak menggigit telunjuk, melihat ular sudah menjadi belut

Maksud: Orang jahat yang sudah berubah jadi baik, namun orang masih curiga juga


3. Katak di bawah tempurung

Maksud: Amat picik pengetahuannya




4. Laksana katak di harung ular

Maksud: Lari bercempera dengan suara riuh rendah kerana ketakutan




5. Takkan ada katak beranakkan ular

Maksud: Orang yang pengecut takkan menjadi orang yang berani. 




6. Seperti katak, sedikit hujan banyak bermain

Maksud: Orang yang malas, uzur sedikit dikatakan banyak



 
7. Alim bagai katak di tepi air

Maksud: Orangnya alim (banyak ilmu) tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu.



8. Gajah mati dicatuk katak

Maksud: Orang berkuasa dapat dikalahkan oleh orang yang lemah, perempuan bangsawan yang diperisterikan oleh orang kebanyakkan.




9. Bagaimana hari takkan hujan, katak betung dalam telaga berteriak selalu.
Maksudnya; "Selalu pergi bertamu ke rumah orang dengan tiada tentu saat ketikanya, tentulah perbuatan itu mendatangkan syak wasangka pada orang banyak.





10. Terkilap-kilap bagai katak disemburi
Maksudnya: Orang yang diam saja dalam sesuatu perbincangan.



Demikianlah beberapa peribahasa Melayu mengenai katak. Semoga bermanfaat dan dijauhi katak-katak yang tak diundang. 









Dipetik dari Twitter Mohamad Faeez Harith diolah sedikit oleh Hanna Illy dan dirujuk daripada PRPM

Post a Comment

8 Comments