Batu Bersurat Talang Tuwo ditemui di Sumatera Selatan dan dipercayai telah ditulis sekitar 684 Masihi. Batu bersurat ini diberikan nama oleh para arkeologi berdasarkan lokasi penemuannya iaitu di Talang Tuwo. Tulisan yang digunakan pada Batu Bersurat Talang Tuwo adalah tulisan Pallava yang berasal dari Selatan India. Bahasa yang digunakan pula ialah bahasa Melayu Kuno yang merupakan bahasa yang digunakan pada abad ke-7. Bahasa Melayu Kuno yang digunakan dalam batu bersurat ini juga banyak menggunakan kata dan ungkapan Sanskrit. Teks yang tertera pada batu bersurat ini merupakan teks yang dibuat oleh pemerintah yang bernama Dapunta Hyang. Di dalam batu bersurat ini, tertulis pesanannya kepada semua rakyat agar memanfaatkan segala benda yang telah diciptakan di dalam taman miliknya untuk kesenangan hidup para rakyat jelata. Bunyi bahasa Melayu yang digunakan pada zaman itu tidak dapat dijelaskan dengan terperinci tetapi kita boleh membuat tafsiran berdasarkan transliteasi yang dibuat dari huruf Pallava ke huruf Rumi. Berikut merupakan isi kandungan dan terjemahan batu bersurat Talang Tuwo:
ISI KANDUNGAN BATU BERSURAT TALANG TUWO | TERJEMAHAN BATU BERSURAT TALANG TUWO |
Svasti. Cri cakavarsatita 606 dim dvitiya cuklapaksa vulan caitra. Sana tatkalana parlak Criksetra ini. Niparvuat parvan dapunta hyang Cri Yayanaca (-ga) ini pranidhanan Dapunta hyang savanakna yang nitanam di sini. Niyur pinang hanau rumviya dngan samicrana yang kayu nimakan vuahna. Tathapi haur vuluh pattung ityevamadi. Punarapi yang varlak verkan dngan savad tlaga savanakna yang vualtku sucarita paravis prayojanakan punyana Sarvvasatva sacaracara. Varopayana tmu sukha di asannakala di antara margga lai. Tmu muah ya ahara dngan air niminumna. Savanakna vuatna huma parlak mancak muah ya manghidupi pacu prakara. Marhulun tuvi vrddhi muah ya jangam ya niknai savanakna yang upasargga. Pidana svapnavighna. Varang vuatana kathamapi. Anukula yang graha naksatra pravis diya. Nirvyadhi ajara kavuatanana. Tathapi savanakna yam khrtyana satyarjjava drdhabhakti muah ya dya. Yang mitrana tuvi janan ya kapata yang vivina mulang anukala bharyya muah ya. Varamsthanana lagi curi ucca vadhana paradara di sana punarapi tmu ya kalyanamitra. Marvvangun vodhicitta dngan maitridhari di dang hyang ratnaraya jangan | Bahagia! Tahun Saka 606 pada hari kedua bulan terang caitra, itulah waktunya taman Sriksetra ini diperbuat, milik Dapunta Hyang Sri Jayanaga. Ini Pesan Dapunta Hyang: Semuanya yang ditanam di sini; nyiur, pinang, enau, rumbia dan lain-lain yang (berupa) pohon, dimakan buahnya, serta aur, buluh betung dan yang semacam itu. Demikian pula taman-taman lainnya dengan tebat telaga, semuanya yang kuperbuat, semua perbuatan baik, dimaksud untuk kebahagiaan semua makhluk yang bergerak dan tidak bergerak. Hendaklah daya upaya beliau yang sangat baik itu mendapat kesukaan di kemudian hari dengan jalan lain. Semoga beliau mendapatlah makanan dan air untuk minumnya. Semuanya yang dibuatnya; ladang, kebun luas, menghidupi binatang-binatang, ramai para abdi suburlah. Jauhkanlah beliau dari segala bencana, siksaan dan penyakit tidak dapat tidur. Bagaimanapun barang usahanya hendaknya berhasil baik, binatang-binatang lengkap semua, beliau dari sakit, dibuat awet muda. Dan lagi hendaklah semua yang disebut abdi setia baktilah mereka pada beliau. Yang menjadi sahabat beliau janganlah mereka itu menderhaka pada beliau; yang menjadi bini beliau hendaklah tetap setia sebagai isteri pada beliau. Di manapun beliau berada, janganlah dilakukan curi, |
marsarak dngan Dang hyang ratnaraya. Tathapi nityakala tyaga marcila ksanti marvvangun viryya rajin tahu di samicrana cilpakala paravis. Samahitacinta. Tmu ya prajna smrti medhavi. Punarapi dhairyyamani mahasattva vajracarira. Anubamacakti. Jaya tathapi jatismara. Avikalendriya. Mancak rupa. Subjaga hasin halap. Ade yavakya vrahmasvara. Jadi laki. Svayambtu. Puna (ra) pi tmu ya cintamaninidhana tmu janmavacita. Karmmavacita clecavacita avasana tmu ya anuttarabhisamyaksam vodhi. | curang, bunuh dan zina di situ. Dan lagi, hendaklah beliau bertemu dengan khalyanamitra, membangun bodhichita dengan maitri, menjadi pertapa pada dang hyang Ratnatraya, melainkan sentiasa teguh bersila dengan senang membangun tenaga, keuliten, pengetahuan tentang perbezaan semua sipakala dan pemusatan fikiran. Mudah mudahan beliau memperoleh pengetahuan, ingatan dan kecerdasan dan lagi ketetapan mahasatwa badan manikam vajracarira yang sakti tanpa upama, kemenangan, dan lagi ingatan kepada kelahiran yang sudah lampau, indria lengkap, rupa penuh, kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan, kata manis, suara Brahma, jadi lelaki kerana kekuatannya sendiri, hendaklah beliau memperoleh cintamaninidhara, memperoleh janmawacita, karmmawacita, akhirnya beliau mendapat anuttarabisamyaksambodhi. |
Berikut merupakan ciri-ciri bahasa Melayu Kuno yang terdapat pada batu bersurat Talang
Tuwo:
BIL. | CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO | CONTOH |
1 | Penggunaan awalan sa- yang boleh disejajarkan dengan se-. Perubahan awalan sa- kepada se hanya melibatkan perubahan dari vocal a kepada vocal e-pepet. | Savanakna = Sebanyaknya |
2 | Penggunaan awalan ni- yang disejajarkan dengan di- yang digunakan untuk membentuk kata kerja pasif. | Nivarbuat = Diperbuat Nimakan = Dimakan |
3 | Awalan ni- digantikan dengan awalan di- yang digunakan pada zaman sekarang | Nisuruh = Disuruh Nipahat = Dipahat |
4 | Penggunaan awalan mar- yang boleh disejajarkan dengan mem- | Marwangun = Membangun |
5 | Penggunaan akhiran –na yang boleh disejajarkan dengan akhiran –nya | Tatkalana = Tatkalanya Savanakna = Sebanyaknya Punyana = Punyanya Niminumna = Diminumnya |
6 | Apitan sa-…-na boleh disejajarkan dengan apitan se-…-nya dalam bahasa Melayu Moden. | Savanakna = Sebanyaknya |
7 | Apitan ni-…-na yang boleh disejajarkan kepada apitan di-…-nya. | Niminumna = Diminumnya |
rujukan:
Omar Amir Husin, 1962. Sejarah Bangsa dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Antara
Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. 19.8. 2021. Diambil dari
http://sejarahperkembanganbm.blogspot.my/
kredit kepada ex-classmate: Erma, Iqmal, Asri, Andrew dan Shadian
0 Comments