Kata Tunggal Bahasa Melayu

 

Kata tunggal ialah perkataan yang tidak mengalami pengimbuhan, penggandaan, dan perangkaian. Dalam bahasa Belayu, kata kerja berbentuk tunggal tidak banyak jika dibandingkan kata kerja berbentuk imbuhan.  Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat tunggal pula ialah ayat yang mengandungi satu klausa, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Secara ringkas, ayat tunggal ini terbit dari kata dasar. 

Dalam buku Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik untuk Penulisan terbitan Universiti Malaya, kata tunggal ini dapat dibahagikan seperti berikut:

  • Jumlah kata bebas yang mempunyai satu suku kata seperti bom, jam, lap, cis, rak, lut, dan, lain-lain. Jumlahnya terhad (kira-kira 500 perkataan) dan ada juga yang merupakan kata pinjaman Arab dan Inggeris. Lihat: Pola Kata Pinjaman Bahasa Inggeris
  • Bagi jumlah kata tunggal yang mempunyai dua suku kata pula ialah ada, ela, uda, dan dara. Jumlahnya banyak dalam bahasa Melayu. 
  • Tiga suku kata: biawak, derhaka dan tempua. Kebanyakkannya kata pinjaman. 
  • Empat suku kata: Empat suku kata atau lebih: keluarga, biduanda, masyarakat. Kebanyakkannya kata pinjaman. 
  • Akronim. Akronim ialah singkatan kata yang terbentuk dari huruf awal suku kata atau gabungan kombisan huruf. Terdapat tiga cara menulis akronim: 

Kesimpulannya, kata tunggal ialah perkataan yang masih belum menerima sebarang penambahan imbuhan dan boleh berdiri sendiri. 








Perhatian: Kata tunggal dan kata dasar adalah berbeza.


Post a Comment

0 Comments