10 Kata-kata Jalaluddin Rumi

 

sumber gambar: Google


Jalaluddin Rumi ialah seorang penulis puisi Parsi yang juga dikenali sebagai Maulana Jalaluddin Mohamad Balkhi atau Rumi. Rumi merupakan penyair, Qadi dan ahli teologi Parsi Muslim abad ke 13 Farsi. Gelaran 'Rumi' merujuk kepada Anatolia, tempat dia bermukim yang dianggap tanah Rom (The Patriot).

Berikut ialah 10 kata-kata dari Rumi yang boleh kita jadikan sandaran: 

1. Jangan melihat keluar. Lihatlah ke dalam diri sendiri dan carilah itu. 

2. Aku mencintai permasalahanku, kerana aku tahu yang memberi permasalahanku juga turut mencintaiku.

3. Jika kau ingin melihat wajahNya, maka tengoklah pada wajah sahabatmu tercinta.

4. Bila tak kunyatakan keindahan-Mu dalam kata, kan kusimpan kasih-Mu dalam dada. 

5. Aku ingin melihat wajah-Mu pada sebatang pohon, pada matahari pagi, dan pada langit yang tanpa warna.

6. Semalam diriku seorang yang pandai dan aku berhasrat mengubah dunia. Hari ini pula, diriku seorang yang bijaksana dan aku mahu mengubah diriku sendiri. 

7. Jika kau terlalu sibuk melihat masa lalumu, atau bahkan cemas terhadap masa mendatang, kau tidak akan melihatNya. Dan jika kau melupakanNya, hidup ini tidak layak kau jalani. 

8. Meskipun aku diam tenang bagai ikan, tapi aku gelisah pula bagai ombak dalam lautan.

9. Aku memilih untuk mencintaimu dalam kesendirian kerana dalam kesendirian tak ada yang memilikimu selain aku.

10. Ini jalanmu dan milikmu sendiri. Orang lain mungkin berjalan bersamamu tapi tak ada yang boleh menggantikanmu berjalan. 




Rujukan:

Wikipedia , The Patriots 

Post a Comment

0 Comments