Beg Kecemasan Bencana, Persediaan Ketika Bencana

 

Kita semua baru sahaja dikejutkan dengan berita bencana gunung berapi di tanah seberang. Kini, beberapa tempat di negara kita baru sahaja dilanda banjir berikutan hujan yang tidak berhenti di sesetengah tempat. 

Bagi persediaan banjir ini, aku ada menyembang dengan beberapa orang rakan tentang persediaan mereka yang rumahnya berhampiran dengan sungai. Ada yang dah siap membina rakit untuk diikat pada rumah supaya tak perlu mengangkat barang yang berat ke pusat perlindungan. Ada juga yang sudah siap-siap menyewa rumah atas bukit bagi menyelamatkan barangan rumah dan sebagai penempatan sementara. 

Aku sendiri tertarik dengan penyediaan beg gempa atau beg kecemasan bencana. Dalam laman Byarmstrong.com menyatakan, beg gempa/beg bencana ini penting kerana dalam 72 jam pertama selepas gempa, beg bencana dan kecemasan ini akan menyimpan keperluan mendesak dan dokumen berharga anda sehingga pasukan bantuan tiba dapat menyelamatkan nyawa anda dan orang tersayang.

Oleh itu, setiap rumah hendaklah menyediakan beg bencana masing-masing. Kepaada individu dewasa (bujang) atau remaja, sediakan beg bencana masing-masing yang merangkumi barang keperluan, pakaian, ubat-ubatan dan dokumen-dokumen penting. Bagi yang sudah berkeluarga, sediakan keperluan secukupnya untuk bayi dan orang tua. 

Berikut adalah contoh beg bencana yang perlu kita sediakan dalam menghadapi bencana:


sumber foto Google

sumber foto Google


Semoga mangsa yang terlibat akan segera diselamatkan dan bagi yang masih dalam keadaan bersedia, semoga semuanya baik-baik sahaja. Pantaulah keadaan keluarga dan rakan taulan masing-masing. Utamakan keselamatan dan stay safe everybody! 





Post a Comment

0 Comments