Cawangan Baru Coffee Stall, Temerloh

 

Nama Coffee Stall ini sudah tidak asing lagi bagi penduduk Temerloh dan sekitarnya macam aku. Ada juga peminat-peminat tegar kopi seluruh Malaysia yang sanggup datang demi menikmati kesegaran kopi di gerai ini. Aku pun tidak ketinggalanlah jugak nak menjadi salah seorang pelanggan tetap Coffee Stall ni sejak dari awal pembukaan sebab kalau aku beli 10 kali dapat free kopi untuk loyal customer. Kuikuikui.

Kini, Coffee Stall ini telah berjaya melebarkan sayapnya dengan lebih luas dengan membuka satu lagi cawangan di Seberang Temerloh. Lokasi cawangan baru ini berdekatan dengan simpang Taman Jaya 5 & 6, bersebelahan dengan kedai Singer dan Dobi AnNur. Ia juga amat berdekatan dengan Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas). 

Servis di Coffee Stall ni sangat laju. Pantas dan efisyen. Setelah aku selidik-selidik, menu yang paling laris dan favourite adalah Hazelnut Chocolate. Tapi korang try laa yang lain jugak. 



Coffee Stall @ Sifu Station

Coffee Stall Seberang Temerloh (caw. baru)



Kepada perantau-perantau yang dalam perjalanan pulang ke desa ataupun 'outstation' tu, bolehlah menjengah sebentar mengopi di Coffee Stall ni. Waktu operasi pula bermula dari pukul 11.00 pagi sehingga 7.00 petang. 

Di sini, aku sediakan menu-menu kopi yang mereka sediakan. Korang boleh pilih siap-siap nanti. Harga pula sangatlah mampu milik iaitu bermula dari Rm5.00, mengikut saiz cawan dan tambahan-tambahan lain (add-on). Menu-menu ini mungkin ada perubahan mengikut peredaran zaman tau. Haha. Mereka juga ada sediakan delivery tau kepada yang berdekatan. Tunggu je depan pintu. 


MENU BIGCUP COFFEE STALL 

RM5
🔹Espresso
🔹Cappuccino
🔹Latte
🔹Mocha
🔹Coklat
🔹Milo Monster
🔹Bandung Cinta
🔹Vanila
🔹Milk Green Tea
🔹Milk Tea
🔹Honeydew
🔹Strawberry
🔹Blueberry
🔹Mango
🔹Durian
🔹Coconut 

***KAW add on RM1 

RM6
🔹Hazelnut
🔹Hazelnut Coklat
🔹Tiramisu
🔹Coklat Vanila
🔹Espresso Vanila
🔹Cappuccino Vanila
🔹Latte Vanila
🔹Mocha Vanila
🔹Milk Green Tea Vanila
🔹Honeydew Vanila
🔹Strawberry Vanila
🔹Blueberry Vanila
🔹Mango Vanila
🔹Durian Vanila
🔹Coconut Vanila
🔹Strawberry  Chocolate 

RM7
🔹Hazelnut Vanila
🔹Hazelnut Coklat Vanila
🔹Tiramisu Vanila
🔹Tiramisu Coklat 

***KAW add on RM1 

🔥🔥🔥ADD ON
💠 Jelly Pearl (Boba) RM1
💠 Jelly Pearl + brown sugar RM2
💠 Whipped Cream RM1
💠 Sos Coklat RM1
💠 Sos Caramel RM1
💠 Sos Strawberry 🍓 RM1
💠 Oreo RM1
💠 Chocolate Rice RM1
💠 Rainbow Rice RM1
💠🔥 Topping Special Coklat (Whipped Cream + Oreo + sos coklat + choc rice) RM3
💠🔥Topping Special Rainbow (Whipped Cream + Oreo + sos coklat + Rainbow rice) RM3


☑️ FoodPanda
☑️ GrabFood
☑️ COD / Runner 

Facebook: Coffee Stall
Instagram: coffeestall


Sebagai pemilik Coffee Stall, Zack, 30, berharap agar setiap pelanggan yang menikmati hidangan di Coffee Stall dapat pulang dengan gembira dan pihak mereka akan cuba lakukan yang terbaik demi kepuasan semua pelanggan mereka! 


Semoga terus maju jaya Coffee Stall. 


Baca juga: BangMan Fried Chicken paling sedap di Temerloh

Post a Comment

4 Comments

  1. Terima kasih Cik Na comel sudi menulis tentang CoffeeStall. Semoga Cik Na terus dimurahkan rezeki. Aminnnn...

    ReplyDelete
  2. Aminn. Semoga sentiasa dimurahkan rezeki boss.

    ReplyDelete