Definisi Pragmatik

 


Pragmatik ialah ilmu penginterpretasian (pentafsiran) linguistik yang melibatkan faktor-faktor bukan linguistik, kombinasi di antara faktor kedua-duanya (linguistik dan bukan linguistik). Ini benar-benar dapat membantu penyelidik mendapat makna yang lebih berkesan. (Nor Hashimah Jalaluddin, 1992: 1)

Gazdar (1979) mengatakan, topik pragmatik adalah aspek makna tuturan tidak dapat dinilaikan dengan merujuk secara langsung pada kaedah kebenaran (thruth condition). (Zulkifli Hamid, 1991: 571)

Pragmatik ialah satu teori interpretasi ujaran yang termasuk perinterpretasian (penafsiran) ayat taksa yang epiliptik (ayat yang kata kerjanya digugurkan kerana kata kerja itu dapat difahami dengan merujuk kepada ujaran sebelumnya. (Wahyuni Widya Putri, 1993: 181)

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pragmatik bermaksud cabang linguistik yang berkaitan dengan kajian tentang makna dan kesan daripada penggunaan bahasa dalam situasi tertentu. 

Selain itu, pragmatik juga sebagai kajian yang mengkaji bagaimana ujaran mendapat makna apabila digunakan dalam keadaan tertentu (Geoffrey Leech, 1993: XI)

Pragmatik juga satu-satu aliran falsafah yang menegaskan bahawa makna atau kebenaran sesuatu konsep bergantung kepada kesan amalinya. Bagi mentafsirkan makna harus melibatkan aspek-aspek yang bukan linguistik.(Zulkifli Hamid: 1991: 571)

Post a Comment

0 Comments