Kata Adjektif Jarak dan Contoh-Contoh Ayat

 

Kata adjektif jarak ialah kata yang membawa pengertian konsep ruang antara dua keadaan sebagai penerang kata nama. Merujuk buku Dinamika dalam Aplikasi dan Praktis Bahasa (UUM Press), Nik Safiah (2012) mengatakan bahawa kata adjektif dalam dikenal pasti dan dibezakan daripada kata nama atau kata kerja dengan cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat, seperti amat sakit, dan sakit sungguh. 

Antara contoh-contoh kata adjektif jarak ialah jauh, dekat, hampir, rapat

Contoh penggunaan dalam ayat:

1. Adik Ani berdiri hampir dengan ibunya. 

2. Rumah penginapan itu sangat jauh dengan bandar. 

3. Jarak sekolah dengan rumah saya sangat dekat.

4. Kita tidak boleh duduk rapat dengan orang lain ketika musim virus.


sumber photo: Google


Post a Comment

0 Comments