Kata Adjektif Warna dan Contoh-Contoh Ayat

 

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata adjektif warna terdiri daripada perkataan yang membawa pengertian warna sebagai unsur keterangan. Nazzatul Nadzirah Mohd Tarmizi (2017)  menyatakan dalam tesisnya yang bertajuk Proses Pembentukan Kata Adjektif Majmuk Warna dalam Majalah Bidang Dekorasi, hanya dua bentuk kata adjektif majmuk warna yang ditemui, iaitu kata adjektif majmuk warna dengan binaan dua perkataan dan kata adjektif majmuk warna dengan binaan tiga perkataan. Dari segi jenisnya pula, terdapat lima jenis kata adjektif majmuk warna yang boleh dikategorikan berdasarkan fungsi unsur yang menerangkan. 

Katanya lagi, kata nama berfungsi menerangkan kata adjektif majmuk warna. Pada lazimnya, kata nama akan hadir selepas kata adjektif warna, contohnya merah hati dan kuning air. Golongan kata nama ini terdiri daripada pelbagai unsur seperti unsur alam (pokok), unsur makanan (labu) dan unsur warna (jingga). Kebanyakkan unsur kata nama yang hadir memiliki keserupaan dari segi warna. 





Antara contoh-contoh kata adjektif warna ialah merah, biru, ungu dan kelabu. 

Contoh penggunaan dalam ayat:

1. Kakak membeli baju berwarna biru.

2. Warna kuning warna diraja.

3. Ibu memakai selendang berwarna merah.

4. Seluar biru itu kepunyaanku.

5. Rumah Najwa berwarna putih.

6. Ayam jantan itu berbulu hitam. 



Rujukan: Nazzatul Nadzirah Mohd Tarmizi. Masters thesis, University of Malaya. studentsrepo.um

Post a Comment

0 Comments