5 Kelebihan Minyak Kemiri Untuk Rambut

 

Kemiri atau dikenali sebagai buah keras sangat popular dalam masakan. Buah atau biji yang berbentuk keras dan kecil ini atau nama sainstifiknya ialah Aleurites moluccana ialah salah satu spesies tumbuhan dalam keluarga Euphorbiaceae. Menurut bacaan aku dalam Mingguan Wanita, buah keras ini mampu membuatkan kuah masakan lebih pekat dan sedap. Namun begitu, tahukah anda yang minyak kemiri ini juga sangat bagus untuk dijadikan sebagai pelebat rambut. 


Omputih panggil Candlenut ya, bukan hard fruit. Hehe

Dalam penulisan di DrHealthBenefit ada disertakan kandungan nutrien minyak kemiri dalam 100gram. Korang boleh rujuk blog dorang ya. Menurut HelloDoktor pula pokok buah kemiri/buah keras ini mampu tumbuh sehingga 15 – 25 meter (49 – 82 kaki). Daunnya pula berwarna hijau pucat, berbentuk bujur dan berukuran 10 – 20 cm (3.9 – 7.9 inci) panjang. Isirungnya pula adalah bulat dan berukuran 4 – 6 cm (1.6 – 2.4 inci) diameter. Bijinya pula berwarna putih, berminyak dan terasnya mempunyai lapisan embrio nipis yang disaluti oleh endosperma. Terasnya adalah sumber utama minyak buah keras ini.

Buah serbaguna ini biasanya akan dimasak dan dijadikan minyak terlebih dahulu. Minyak inilah yang kaya dengan Omega 3 dan 6 yang sangat baik untuk rambut kita. Antara manfaat-manfaat lain minyak kemiri yang anda semua kena tahu ialah:

1. Memanjangkan rambut

Jika anda menyesal memotong rambut dan ingin cepat-cepat kembalikan rambut panjang anda, Boleh cuba gunakan minyak kemiri untuk membantu mempercepatkan proses pertumbuhan rambut yang baru. 

2. Menghitamkan rambut 


sejenis topi mandi yang aku guna haha

Risau rambut cepat beruban dan tidak subur? Cuba gunakan minyak kemiri ini sebagai masker rambut. Ianya baik untuk menyuburkan dan membuatkan rambut menjadi hitam berkilau. Biasanya aku akan pakai sedikit sebelum tidur dan tidur bersama topi mandi tu. Eh faham tak topi mandi? Haha. Kalau korang rasa tak selesa, boleh pakai sejam sebelum mandi. 

3. Menguatkan akar rambut

Rambut yang gugur pastinya membuatkan kita tidak selesa. Biasanya wanita yang selalu mengikat rambut akan berhadapan dengan masalah ini kerana mempunyai akar rambut yang tidak kuat. Dengan menggunakan minyak kemiri ini, kita boleh mengurangkan jumlah rambut gugur. Taklah pening tengok dilantai bersepah dengan rambut lagi. 

4. Mengurangkan kelemumur

Masalah kelemumur ini memang sangat lazim baik kaum wanita ataupun lelaki. Ada yang aku dengar, syampu untuk kelemumur akan menambahkan kelemumur di kepala, dengan itu, kita akan konsisten membeli syampu tersebut kerana beranggapan kelemumur kita akan hilang dan berkesan dengan pemakaian yang istiqamah. Betul ke macam tu? 

Oleh itu, minyak kemiri boleh membantu masalah kelemumur kita dan mengurangkan kadar ingin tahu tentang mitos syampu penambah kelemumur tersebut. 

5. Melembapkan rambut yang kering


Jika anda mempunyai rambut yang kering dan mengerbang, minyak kemiri ini mampu merawat dan melembapkan rambut anda yang kering itu. Oleskan saja minyak dan biarkan rambut anda menyerap nutrien-nutrien yang ada pada minyak itu. Minyak kemiri juga digunakan untuk melebatkan bulu-bulu yang lain seperti bulu mata dan bulu kening. Jangan tanya untuk misai dan jambang ya. Itu boleh guna minyak jambang Wak Doyok. (aku taktau sebenarnya)

Oh lupa, anda tak perlulah bersusah payah menggoreng atau menumbuk buah kemiri tersebut kerana minyak minyak ini banyak dijual di toko toko berdekatan atau anda boleh saja membelinya di Shopee mahupun Lazada. 

Shopee: Beli kat sini ya!

Selamat melebatkan rambut!

Bye.

Post a Comment

6 Comments

  1. Baru nak tanya, ken buat sendiri ke? haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tak rajin pulak. Kita bagi link shopee sekali.

      Delete
  2. Kalau rambut salji macam uncle ni boleh ke putih lagi? hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rambut salji takpe uncle. Biarkan saja. Barulah Northern Europe. Hehe

      Delete
  3. Arwah mama dulu masa anak-anak baby, dia akan bakar buah keras ni pastu gosok kat batu tumbuk sampai keluar minyak dan sapu ke kening untuk lebatkan kening. Alhamdulillah kening takdelah lebat sangat tapi cantiklah bentuknya. (ini petua India dari nenek ammi sebelah ayah)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh baru tahu petua dari India. Kalau buat sendiri lagi bagus kan Ammi, belum dicampur apa apa lagi. Ada anak nantilah tonyoh buah keras. Kehkeh

      Delete