Day 10: Top 5 Lagu Kegemaran

 


Assalamualaikum dan salam Keluarga Malaysia!

Selamat bersekolah kepada semua guru-guru dan adik-adik student sekalian. Semoga sesi persekolahan kali ini dipermudahkan dan jagalah sop (standard operating procedure) ya. Ingat, kita masih belum keluar dari Pandemik Covid 19.

Pada hari ke sepuluh yang indah dan permai ini, dengan hati yang berbunga-bunga, burung-burung yang berkicau riang, bunyi sungai kejar mengejar sesama sendiri, izinkan aku berkongsi tentang top 5 lagu kegemaran aku dalam pelbagai bahasa. 

1. Falling by Trevor Daniel


Punyalah aku sukakan lagu ini dulu sampai aku tulis lirik dia tau. Korang boleh check kat sini. Tiap kali mendengar lagu ni, aku rasa jantung aku laju dan berdebar-debar. Korang pernah ke rasa macam aku ni, berdebar-debar masa dengar lagu? Oleh kerana perasaan aku yang tak keruan dan perasaan berdebar-debar itu, aku decide untuk falling in love dengan lagu ini. Eh ghisauuu. 

2. Disease by Kareema Ramli


Lagu ni aku first time dengar masa aku sesat dalam Spotify. Masuk-masuk tak jumpa jalan keluar (Tak kelakar pun). Selepas dari kejadian itu, aku terus add dalam folder dan lagu ni akan dimainkan setiap kali aku ada dalam kereta. Aku lebih bertenang memandu bersama lagu ini. Tibeh. Buat pengetahuan semua, Kareema Ramli ni orang Malaysia tau dan lagu-lagu dia semua best-best. 

3. Asmaraloka (Vokal: Sina Izzah, Songwriter: Usman Arrumy)


Asmaraloka adalah tajuk sebuah puisi yang ditulis oleh Usman Arrumy. Kini, Asmaraloka telah dijadikan musikalisasi puisi dan disampaikan oleh vokalis Sina Izzah. Bait kegemaran aku dalam lagu ialah aku jadi berharap bahwa kelak, entah kapan Tuhan akan mencintaiku melalui hatimu. Ada banyak lagi puisi-puisi Encik Usman Arrumy yang telah dijadikan musikalisasi puisi. Korang boleh search di Youtube beliau ya. 

4. We Malo by Amr Diab



Ini adalah satu-satunya lagu Arab yang aku suka sangat. Yang lain suka jugak tapi yang ni terpaling suka. Lagu ini sepertinya mengisahkan percintaan jarak jauh akhirnya dapat bertemu gitu kot. Aku dengar dan rasa best je. Maksud yang aku tau habibi habibi jela hahaha (tetiba teringat Bangjat). Kalau tanya aku gajah dalam bahasa Arab aku tahu lah. Jangan kecam tau. Hee

5. Peneman by Hazama


Lagu-lagu Hazama adalah peneman aku dikala kesepian. Lagu ni aku suka sebab moment. Setiap lagu yang kita dengar pasti ada moment moment tertentu. Ibaratkan lagu latar dalam sebuah movie. Dan lagu Peneman mengingatkan aku pada moment itu (moment dalam bas nak pergi kelas je). 

Okay. Itu sahaja 5 lagu kegemaran aku pakej dengan pelbagai bahasa. 

Apa pula lagu kegemaran korang?





Baca juga: Day 11: 


Post a Comment

8 Comments

  1. nice choice. Don't masuk playlist. Aien tak da official list since berkahwin. pakat dengar je mana yang sedap kat telinga. haha Bila stress throwback lagu masa dara.hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Throwback lagu masa dara ni biasanya kena perli terkenang marka lama ka? Hahaha.

      Dengar Didi n Friends okay dah tu Aien.

      Delete
  2. suka pelbagai genre..paling suka lagu At My Worst by Pink Sweats & Bertakhta di Hati by Faradhiya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. At My Worst best sangat. Bertakhta di Hati ni lagu karaoke hehe

      Delete
  3. Pelukan Angkasa - Sekumpulan Orang Gila 👍

    ReplyDelete