Kata Adjektif Cara dan Contoh-Contoh Ayat

 

Kata adjektif cara ialah jenis perkataan yang membawa pengertian keadaan kelakuan atau ragam sebagai penerang kata nama. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kelakuan ini membawa maksud tingkah laku, perangai atau perbuatan. 

Antara contoh kata adjektif cara ialah cepat, deras, laju, lambat, perlahan, lincah, gopoh, jelas, sering dan selalu. 



Antara contoh penggunaan dalam ayat adalah seperti berikut:

1. Kanak-kanak itu dapat diselamatkan kerana bapanya bertindak dengan cepat
2. Air sungai itu mengalir dengan deras
3. Kura-kura itu berjalan sangat lambat
4. Tazkirah itu disampaikan dengan jelas oleh ustaz. 
5. Pak Mat selalu ke kebun sayur bersama anaknya. 
6. Kakak terjatuh kerana berjalan dengan gopoh. 
7. Kanak-kanak yang lincah bermain di taman itu. 


Post a Comment

5 Comments