Kata Adjektif Waktu dan Contoh-contoh Ayat

 

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata adjektif waktu ialah jenis perkataan yang membawa pengertian konsep masa sebagai unsur keterangan. 



Ada pelbagai jenis cara dan kata yang boleh kita menyampaikan konsep waktu dalam pengucapan atau penulisan kita. Antara contoh kata yang mewakili konsep waktu ialah baharu, lama, segera, suntuk, silam, lampau, lewat, cepat, lambat dan awal. 

Antara contoh penggunaan dalam ayat pula: 

1. Beg yang disandang Ahmad ialah beg baharu.

2. Rumah lama yang berada di selekoh itu dikatakan berhantu. 

3. Jangan menceritakan kisah silam seseorang kepada orang lain. 

4. Usah dikenang waktu yang lampau

5. Lina menulis dengan laju kerana waktu amat suntuk.

6. Aliza lewat ke sekolah kerana basikalnya rosak.

7. Jangan makan mee segera terlalu kerap

8. Ayah meredah hujan kerana mahu cepat pulang. 


Post a Comment

2 Comments

  1. Tiba2 uncle terasa contoh nombor 7 tu...

    eh?

    Hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha ayah jangan redah hujan, nanti kena sambar petir 😬

      Delete