Kata Arah dan Contoh Penggunaan dalam Ayat

 

Kata arah ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum frasa nama dan lazimnya sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Dalam buku Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah pula menerangkan bahawa kata arah ialah kata yang memberitahu arah tempat di mana sesuatu benda itu berada. 

Dari segi penggunaan, kata arah biasanya didahului dengan kata sendi di, ke, dan dari

kiri? kanan? timur? barat? 

Antara contoh kata arah yang kita selalu gunakan ialah atas, depan, belakang, tepi, antara, luar, sisi, utara, timur, barat, bawah, seberang, segi, tepi, tengah, dalam, pangkal, sekeliling, kiri, kanan dan sebagainya. 

Antara contoh penggunaan kata arah dalam ayat:

1. Ibu menyimpan sayur-sayuran yang dibelinya ke dalam peti sejuk. 

2. Kucing yang comel itu duduk di bawah kerusi kakak. 

3. Alang berkaki ayam di tepi kolam itu.

4. Kereta api yang bergerak laju itu menuju ke selatan Malaysia. 

5. Abang menyimpan peralatan pertukangannya di belakang rumah. 

6. Rumah Asiah terletak di hujung kampung itu. 

7. Saiful meletakkan buku yang dibacanya di atas meja.

8. Azizan meletakkan baja organik yang dibelinya di pangkal pokok. 

9. Tempat duduk Ammi terletak di antara Aien dan Ray. 

10. Mayat harimau jantan itu dijumpai mati di tengah hutan. 

Post a Comment

2 Comments

  1. ek eh...ada nama kita kat no. 9 tu. tersipu malu kita disini.
    Ammi ni kan sebenarnya sampai sekarang kadang-kadang terlupa samada nak rapat or jarakkan "di" dnegan sesuatu perkataan.
    lupa "di" dirapatkan dengan verb atau kata arah camni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata arah, -di dijauhkan (di rumah, di belakang),
      kata kerja dirapat-rapatkan (dimakan, disentuh) hehe.

      Delete