Kata Bilangan dan Contoh-contoh Ayat

 

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelumnya. Kata bilangan merupakan salah satu daripada subgolongan Kata Namaan. Kata bilangan ini mempunyai ciri-ciri nombor atau jumlah. Sama seperti bahasa Melayu (keterangan lanjut sila rujuk Asmah Haji Omar (1981:122), didapati kata bilangan dalam BOAD terbahagi kepada kata nombor, kata kuantiti dan penjodoh bilangan. 

foto Google


1) Kata bilangan kardinal (tentu)

Kata kardinal ialah kata bilangan yang menunjukkan jumlah yang tentu sifatnya. Contohnya seperti dua, tiga, tiga puluh, satu ratus. Asmah Haji Omar (2009: 98), kata bilangan kardinal adalah kata yang menyatakan jumlah secara keseluruhan, bukan urutan, dan pada amnya berdiri sendiri dalam ayat tanpa bantuan dari kata lain. 

2) Kata bilangan tak tentu

Kata bilangan jenis ini menandakan jamak (banyak) dan kata nama yang mengikutinya tidak perlu diulang. Sebagai contoh, semua murid diminta hadir ke dewan. Kata nama tidak perlu diulang kembali, contohnya semua murid-murid. 

3) Kata bilangan himpunan

Kata bilangan ini membawa maksud himpunan yang digunakan untuk sejumlah bilangan.  Sebagai contoh, berabad-abad, berguni-guni, beribu-ribu dan beratus-ratus. 

4) Kata bilangan pisahan

Kata bilangan ini membawa maksud pisahan. Ianya digunakan untuk memisahkan atau menerangkan/menyatakan sesuatu satu persatu secara berasingan. Contohnya, masing-masing, setiap, tiap-tiap, dan sebagainya. 

5) Kata bilangan pecahan

Kata bilangan pecahan pula membawa maksud pecahan. Sebagai contoh, dua pertiga, satu perdua, separuh, dan setengah. Perkataan sesetengah atau setengah-setengah bermaksud sebilangan daripada sesuatu dan berbeza daripada maksud separuh. 

Biasanya kata bilangan ini akan dipasangkan bersama penjodoh bilangan untuk menjadi sejenis penerang kata nama. Sebagai contoh, seratus ekor lembu dan setengah biji kek


Contoh-contoh penggunaan kata bilangan dalam ayat:

1. Campurkan tepung bersama sedikit gula supaya berasa manis.  

2. Para guru kelihatan sibuk menyediakan jamuan sempena Hari Raya.  

3. Segala persiapan telan dibuat.

4. Tiga hari lagi kakak akan berangkat ke Australia. 

5. Ahmad membeli seratus ekor ayam untuk disedekahkan kepada rumah anak yatim. 

6. Racun itu mampu membunuh beratus-ratus ekor siput dalam masa satu hari. 

7. Semua murid dikehendaki menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. 

8. Setiap yang hidup pasti akan merasi kematian. 

9. Mereka akan menerima sepertiga bahagian setiap seorang.

10. Harga barang itu dua puluh ringgit. 

11. Berguni-guni baja telah dibeli oleh ayah untuk projek pertanian itu.  

12. Hanya sedikit murid yang hadir pada hari ini. 

Post a Comment

0 Comments