Kata Penegas Bahasa Melayu (partikel)

 

Partikel dalam bahasa Melayu bertindak sebagai penegasan dalam ayat. Kata partikel merupakan golongan kata yang seerti dengan kata penegas (Nik Safiah Karim, 2008). Sebagai contoh penggunaan kata penegas 'lah' ialah partikel yang digunakan untuk menegaskan kata yang mendahuluinya dan terikat dengannya. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata penegas yang disebut juga sebagai partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.

Kata penegas juga ialah kata yang menegaskan frasa predikat dan bahagiannya iaitu -lah, -tah, -kah dan letaknya di hadapan ayat. 

Sebagai contoh:

Siapakah yang duduk di kerusi itu? (betul)

Yang duduk di kerusi itu siapakan? (salah)

Kata penegas lain seperti juga, jua, pun, sahaja dan memang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek/predikat atau bahagiannya. Kata penegas jenis ini bersifat bebas dari segi kehadirannya dalam ayat. 

Seperti contoh yang berikut:

Hanya dia sahabat saya.

Buku itu hanya boleh dibeli di Kedai Buku Tong. 


Jadi, seperti yang kita lihat kata penegas hanya 1 merupanya kata prafrasa yang hadir dalam subjek ayat dan kata penegas hanya 2 merupakan kata prafrasa yang hadir dalam predikat ayat. 









Nota: Praklausa termasuk kata penguat yang hadir di hadapan frasa atau kata adjektif untuk menguatkan maksudnya.


Post a Comment

0 Comments