Review: Hijab Mata Kekasih by The Melvins

 



Hai semua.

Siapa je yang tak kenal produk daripada Kekasih by The Melvins ni kan? Sekarang Hijab Mata Kekasih sudah ada keluaran baru tau iaitu Hijab Mata Kekasih PINK Edition. Comel sangat! Korang boleh cuci-cuci mata kat instagram depa. 

Tapi, biasalah aku yang lambat ni baru nak bercerita pasal ni. Aku nak cerita ni bukan tentang Hijab Mata Kekasih Pink tau korang tapi hat lama punya dulu. 

Hijab Mata Kekasih bukan Pink Edition.

Maskara dari Hijab Mata Kekasih ni sumpah best gila. Bulu mata aku jenis kontot dan halus macam tu pun congek korang tau. Tapi try hard jugaklah aku nak mencongekkan bulu mata aku ni. Korang ada tips ke macam mana nak panjangkan bulu mata? Aku dah pernah try pakai minyak kemiri tapi kejap jelah. Mungkin sebab aku tak istiqamah. Astaga.

Selepas sekian aku punya try hard, risaulah pula payah nak bersihkan jap lagi. Pastikan korang cuci betul-betul tau selepas pakai maskara. Aku malaslah nak tunjuk kat korang video yang tak bersih elok-elok tu. 

Rupanya maskara ni senang gila nak bersihkan guys! Selain melentikkan bulu mata, ia juga boleh melebatkan bulu mata. Tapi aku taknak lebat, aku nak panjang. Ah stress! Aku suka satu bab maskara ni sebab ianya tak menghitamkan bawah mata. Tau tak yang lepas pakai maskara, then berpeluh-peluh, pastu, lah! hitam rupanya mata aku. Kalau kau comel takpelah, mungkin macam anak panda. Tapi kalau macam aku yang tak seberapa ni. Halah halah malas nak cakap. 

tengoklah tu, betapa kontotnya bulu mata aku

Tapi bukan salah maskara tau. Aku pakai maskara apa pun memang begitu bentuknya. Lagi pulak maskara ni ada kualiti fiber yang baguih punya, malaih nak habaq. Terserlah terus mata hangpa biarpun bulu mata kontot. Gittew. So, kalau korang nak dapatkan maskara Hijab Mata Kekasih Pink Edition pula, korang boleh cari pada agent-agent sah Kekasih by The Melvins ni okay. Kalau korang stay area Perak, boleh roger sis Fasiha ni je. Kot-kot boleh dapat harga kasih sayang. Eh?



p/s: Hati-hati dengan barangan tiruan okay! 




Okbye korang.





Post a Comment

9 Comments

  1. Sis lagi tak tau benda ni. Haha boleh la bergaya di rumah sendiri ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sis. Bergaya di rumah je. Takut nak keluar ada omicron.

      Delete
  2. sis hadir sini balas kunjungan , alhamdulillah dh follow lama rupanya blog hanna

    ReplyDelete
  3. senang nak bersihkan..bagus nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul betul. Cuma bersihkan dengan air je. Tak payah tonyoh tonyoh beriya. Hehe

      Delete
  4. Tak pernah cuba lagi yang ni.
    Dulu suka beli Maybelline XXL yang hitam putih tu. Volume sangat ! Hehe.. Sekarang ni bila rajin je baru pakai mascara.

    ReplyDelete