Assalamualaikum. Hye semua.
Semoga sihat-sihat saja hendaknya. Kali ni aku nak buat review sikit tapi bukan review alat solek tapi barang mandian. Kan kita kena kerap mandi sekarang ni.
Korang biasa tak menggunakan mandian (shower foam) susu kambing? Aku semenjak nak putih ni semua benda kalau boleh nak yang susu kambing. Kata orang susu kambing ni banyak maanfaatnya. Kotlah boleh putih melepak lepak kan. Semenjak aku mengamalkan mandian susu kambing dalam beberapa botol dah ni, boleh dikatakan cerahlah sikit daripada dulu. Kambing pun dah boleh declare aku ni anak dia dah. Hehe.
Tapi hari ni aku cuma nak cerita pasal satu brand mandian ni. Dia tulis kat botol 'syampu badan'. Aku ada tengok review di Youtube, sampai confius abang tu sama ada syampu atau pun mandian. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, syampu bermaksud cecair bersabun untuk mencuci rambut. Tapi apa-apa jelahkan. Takkan aku nak kena pergi email pulak bagitahu maksud syampu ni apa. Kehkeh
Sebelum ni aku pakai shower foam susu kambing dari Icare yang jual kat farmasi. Ingatkan kali ni aku nak tukar Leivy yang dah terkenal gila kat negara seberang tu. Tapi cari punya cari, tak jumpa pulak. Aku malas nak beli di Shopee sebab kena menanti pulak nanti. Jadinya, aku ambil je apa yang ada depan mata. Aku kan tak suka nak memberat-beratkan sangat. Yang penting tak nangis pun kalau tak dapat 4Fingers. Eh?
Di atas aku tunjukkan gambar sebotol besar gedabak Syampu Badan Susu Kambing Summer. Sebotol ni 2 liter tau dan dapat free refill. Aku tak ingat refill dia berapa mililiter. Dua dua tu aku beli dengan harga rm10 lebih je. Murah gila. Aku pun ragu-ragu juga mulanya.
Balik je rumah, aku pun terus cari review di Youtube, di Google dan dimana-mana. Tapi kebanyakan semuanya dari negara jiran kita. Weh. Negara jiran bangga pakai barang buatan Malaysia, kita takkanlah taknak bangga pakai barangan buatan negara sendiri. Aku pun tukar perspektif dan aku patut bangga! Kambing di Malaysia pun kambing juga apa. Apa beza dengan kambing oversea?
Ini pula cop halal yang tertera di belakang botol. Jadinya, korang boleh mandi dengan tenang dan tawaduk. Perhatikan anak-anak korang ya. Budak-budak kalau nampak tanda halal, dorang ingat makanan atau minuman pula nanti. Tiada yang mustahil pun kalau dengan anak anak kecil ni.
Aku juga ada buat carian sikit tentang kegunaan bahan-bahan yang ada di dalam mandian ni. Elakkan pakai barangan yang ada Paraben ya. Maaflah semuanya in English akibat daripada kemalasan aku dan pencarian dalam English yang lebih mudah.
1. Aqua: used to soften rough or dry skin caused by skin conditions such as eczema, psoriasis, keratosis, and others
2. Sodium Laureth Sulfate: Sodium lauryl sulfate (SLS) is an anionic surface active agent commonly used in cosmetics. It is well-known for causing skin discomfort, which can lead to altered skin barrier function and water-loss
3. Ammonium Laureth Sulfate: Ammonium Laureth Sulfate is used in many shampoos, toothpastes, and skin cleansers. Ammonium Laureth Sulfate can cause moderate to severe skin and eye irritation.
4. Cocamide DEA: Cocamide DEA, a chemically-modified form of coconut oil used as a foaming agent or thickener, is used in many personal care products, such as shampoos, conditioners, sanitizers, hand washes, hand moisturizers, bubble baths, exfoliants, bath scrubs and bath oils.
5. Sodium Cloride (salt): Sodium chloride when used in a shower soap can have many medicinal and healing benefits as it can help treat some skin conditions and help exfoliate.
6. Glycerin: Glycerin is great for the skin because it acts as a humectant, which is a substance that allows the skin to retain moisture.
7. Glycol Distearate: glycol distearate can give liquids and gels a pearlescent appearance. This is often used by the producers of personal care products (e.g. shower gel) to increase the visual appeal of their products. It may also act as a skin moisturizer.
8. Cocamidopropyl Betaine: Cocamidopropyl betaine produces a thick lather when combined with water. The lathering action helps loosen the dirt and impurities that you are washing away, so they are easier to rinse off after cleaning
9. Polyquaternium-7: Polyquaternium 7 is considered to be non-toxic and safe for topical application. The suggested concentration of Polyquaternium 7 in skincare and haircare formulation is 0.5-5%., above which it is considered to cause an allergic reaction on your body
10. Tetrasodium EDTA: Tetrasodium EDTA also helps prevent the growth of fungi and mould in cosmetic products, protect fragrances used in such products, stay clear, and work properly in hard water. It is found in personal care and hygiene products, soaps, lotions, cosmetics, hair dyes and bleaches, shampoos, conditioners, and bath soaps
11. Goat Milk: Goat milk is rich in both saturated and unsaturated fats, making it ideal for soap production. Saturated fats increase a soap's lather — or production of bubbles — while unsaturated fats provide moisturizing and nourishing properties
12. Methylchloroisothiazolinone: Methylchloroisothiazolinone (MCI) is a preservative that's active against bacteria, yeast, and fungi. It's used in the manufacture of water-based cosmetics and personal care products
13. Methylisothiazolinone: Methylchloroisothiazolinone (MCI), especially when paired with methylisothiazolinone (MI), is an effective preservative
Okay, itu sahajalah kegunaan-kegunaan bahan yang ada dalam Syampu Badan Susu Kambing Summer by Naturale ini. Ada bahan yang tidak baik sekiranya berlebihan. Jadi, berpada-padalah dalam semua perkara. Jangan terlalu kurang dan tidak pula berlebih-lebihan. Jadinya, aku syak tiada yang merbahayakan pun kan? Haha. Aku baru pakai dalam seminggu dan baik-baik saja. Baunya wangi dan teksturnya lembut, tidak berlendir dan tidak juga mengeringkan kulit. Tapi kalau time korang pakai tetiba ada gatal-gatal atau ada kelainan pada kulit korang. Janganlah husnuzon sangat. Stop pakai dan jumpa dengan doktor. Kulit kita tak sama. Aku mungkin sinonim dengan kambing-kambing ni haa. Jaga diri, jaga hati dan jaga sop ya!
Okaylah, kalau aku dah melepak-lepak putih nanti, aku share dengan korang k!
Sekian. Terima kasih guys!
17 Comments
memang wangi sabun ni. selalu guna haha
ReplyDeleteBanyak Aien, sampai 2 liter. Boleh jimat banyak tu haha
Deletesuka pakai sabun ni. banyak dan murah
ReplyDeleteMurah sangat. Dan wangi.
Delete" tenang dan tawaduk" hehehehe... betul tu!
ReplyDeleteRambut panjang unce sesuai ni....
errr errr tapi jangan pakai kat rambut uncle. Ini syampu badan. Kehkeh
Deletezaman belajar suka guna sabun ni sebab bau wangi dan harga murah. student kan. semoga berjaya putihkan kulit. hehe
ReplyDeleteItulah. Dah tua baru nak try ni haa hehe.
DeleteTerima kasih Cik Salbiah. Nak putih! haha
I know I'll love the smell
ReplyDeleteSmell like goat. *senyum kambing*
Deleteseriuslah boleh putih? Jap nak bayangkan rupa ammi kalau putih nanti ahakssss
ReplyDeleteKatanya begitulah Ammi. Umpama mandi susu di spa gitteww. Ahaha
DeleteBrand ni memang murah pn . Akk skrg xbeli da lux bagai tu.. antibacterial pn amik yg paling murah, idak la beli dettol .. smoge cpt putih hanna illy.. akk tgelak kt part 4fingers tu 🤣🤣🤣
ReplyDeleteMakin mahal kak sabun sekarang. Alek alek jadi buih jugak. Kikiki.
DeleteJangan nangis tau tak dapat 4Fingers. 😄
Ala i nak reply to that thread tapi xde button reply. ke Ray yg x jumpe?
ReplyDeleteRay kena tekan button reply yang sama. Hehe. Maaf lerr. Nak senyum kambing letu.
DeleteThank you Ayed! 🥰
ReplyDelete