Petua Memberi Makanan dan Minuman Kepada Anak Yang Tidak Sihat

 

google


1. Beri hidangan kecil makanan dan lebih kerap dari biasa.

2. Elak memarahi anak kerana tidak mahu makan. Anak akan berselera selepas sembuh.

3. Beri makanan kegemarannya. 

4. Jika anak sakit tekak, beri aiskrim atau ais yang diperbuat daripada jus oren atau yogurt untuk melegakan tekaknya. 

5. Beri makan bubur nasi. 

6. Bila selera anak kembali, biarkan anak makan sebanyak mana yang dia mahu. 

7. Sediakan minuman dalam gelas yang kecil supaya nampak sedikit. Anak tentu seronok. 

8. Beri jus buah segar. Cairkan dengan air mineral untuk menarik minat anak. 

9. Gunakan straw pelbagai warna dan bentuk.

10. Jika anak tidak suka susu, berikan dalam bentuk susu kocak atau aiskrim. 

11. Pelbagaikan persediaan minuman.

12. Biarkan anak menghirup minuman daripada sudu kecil. 

Post a Comment

2 Comments