Apakah Maksud Kajang Pak Malau?

 Kajang Pak Malau kajang berlipat,

Kajang hamba mengkuang layu,

Dagang Pak Malau dagang bertempat,

Dagang hamba musafir lalu.


Kepada pembaca yang pernah menonton filem Sri Mersing pastinya tidak asing lagi dengan pantun ini kan? Cerita yang mengisahkan tentang pemuda bernama Damak (lakonan Nordin Ahmad) telah difitnah dan dihalau lalu kembali semula ke Pahang. Pantun ini telah dilafazkan ketika Damak ingin meninggalkan Mersing.




Pantun ini sering disebut-sebut dan menjadi scene paling hot dalam cerita ini. 


Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan Kajang Pak Malau ini? Sudah tentu bukan Kajang, Selangor. (lawak hambar)


Kajang menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud benda yang dianyam daripada daun nipah (buluh, mengkuang) digunakan untuk atap atau pelindung daripada panas dan lain-lain. Selain itu, kajang juga digunakan untuk helai yang besar (bukan kertas).  


Di dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua ada juga disebutkan tentang perkajangan yang membawa  maksud bahagian belakang perahu yang beratapkan kajang. 


Maksud dari kajang lipat yang disebutkan di dalam pantun ini pula ialah kajang yang dijadikan berkembar dua. Jika dilihat dari pembayang pantun, ia menyatakan taraf bagi seseorang itu kerana Pak Malau tersebut mempunyai atap berkembar dua (Kajang Pak Malau kajang berlipat), manakala Damak hanya mempunyai atap (kajang) mengkuang yang layu. Mengkuang layu di sini memberi maksud bahawa atap mengkuang yang telah usang simbolik kepada kehidupan orang yang lebih susah/miskin.  Kalau sekarang, kita guna T20, B40 dan sebagainya.


Rumah Lipat Kajang

(rujuk: prpm)


Begitu halus kiasan orang dulu-dulukan? Sopan dan penuh adab walaupun dalam keadaan dihina dan diinjak-injak. Sebagai warga nusantara, kita sedia maklum bahasa Melayu terkenal sebagai bahasa yang indah, halus dan berlapik. 


Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga warisan nenek moyang kita dan mengekalkan identiti orang Melayu sebagai bangsa yang berlemah lembut dan bersopan dalam berkata-kata. 



Post a Comment

13 Comments

  1. terima kasih untuk perkongsian, orang dulu-dulu kan memang gitu, tinggi budi bicara ada sopannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masam sungguh buah kuini,
      Terima kasih berkunjung ke sini.

      Hehe

      Delete
  2. Replies
    1. Betul tu Cik Nor. Marah marah pun pakai pantun.

      Delete
  3. Bahasa Melayu memang sangat indah. Orang dahulu halus budi bahasa, pandai berkias... tengoklah khazanah peribahasa kita. Macam-macam yang boleh kita guna untuk gambarkan sesuatu perkara. :)

    ReplyDelete
  4. Nyaris-nyaris uncle nak jawab kertas kajang tadi.....

    ReplyDelete
  5. yg abe kie tahu cuma kertas kajang je... huhuhu... thanks for sharing...

    ReplyDelete
  6. Ohh begitu kisahnya Kajang Pak Malau ni. Orang dulu bahasa dia penuh kiasan.

    ReplyDelete
  7. Melalui kajian saya, kajang dalam pantun ini tidak lari tentang kajang (atap) kereta lembu. Kalau awak menang giveaway saya, boleh baca apa yang saya tulis. :)

    ReplyDelete
  8. org kita dulu cukup berhemah bila bertutur, siap berkias bagai kan

    ReplyDelete
  9. kemananya awak lama menghilang cik hanna?

    ReplyDelete