Menurut buku Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik untuk Penulisan, penjodoh bilangan lazimnya dirangkaikan dengan awalan se- yang bermakna satu atau kumpulan. Kata nama yang mengikutinya tidak perlulah digandakan.
1. Angkatan
angkatan tentera |
Kumpulan manusia, benda dan sebagainya
Contoh: tentera, kapal
2. Baris
sebaris kedai |
Contoh: rumah, kedai, bangku, pokok
3.Batang
sebatang rokok |
Benda yang lurus
Contoh: tiang, rokok
4. Berkas
dua berkas kayu api |
Benda yang diikat
Contoh: kayu, rotan
5. Bidang
sebidang tanah |
Benda yang lebar, luas dan rata
Contoh: tikar, tanah
6. Biji
Benda yang bulat (tidak terlalu besar saiznya)
Contoh: telur, cawan
7. Bilah
Benda yang tajam dan runcing
Contoh: jarum, pisau
8. Buah
Benda yang berbentuk besar
Contoh: rumah, kereta, meja
9. Buku
Benda yang bentuknya bongkah
Contoh: roti, sabun
10. Bungkus
Benda yang berada dalam bungkusan atau yang dibalut
Contoh: roti, rokok
11. Butir
Sesuatu benda yang bentuknya bulat dan saiznya kecil
Contoh: padi, permata
12. Ekor
Haiwan/binatang
Contoh: harimau, kancil, ayam, burung
13. Gulung
Benda panjang dan lebar yang digulung
Contoh: tikar, kertas
14. Gugus
Buah yang tumbuh dengan banyak pada tangkai
Contoh: anggur, pinang
15. Helai
Benda nipis, lembut dan lebat
Contoh: kain, sejadah
16. Jambak
Benda yang berada dalam ikatan
Contoh: bunga, kunci
17. Kajang
Benda yang lebar dan besar dianyam atau dijalin
Contoh: tikar, layar
18. Kaki
Benda yang bertangkai sifatnya
Contoh: payung, cendawan
19. Kawan
Kumpulan binatang
Contoh: gajah, helang
20. Keping
Benda yang nipis, lebar dan rata
Contoh: biskut, gambar
21. Kerat
Benda yang telah dikerat atau dipotong
Contoh: tebu, rotan
22. Ketul
Benda yang bersifat berketul atau bergumpal
Contoh: tulang, batu
23. Kotak
Sesuatu yang berada di dalam kotak
Contoh: rokok, mancis
24. Kuntum
Bunga
Contoh: mawar, dahlia
25.Laur
Penjodoh bilangan untuk benda yang melengkung
Contoh: Cincin, gelang
26. Laras
Senjata yang menggunakan bahan letupan
Contoh: meriam, senapang
27. Lembar
Benda yang panjang dan halus sifatnya
Contoh: benang, rambut
28. Mayang
Buah yang bertandan
Contoh: pinang, kelapa
29. Orang
seorang gadis |
Contoh: murid, guru, doktor
30. Papan
empat papan petai yang enak |
Contoh: Petai, mercun
31. Pasang
Benda yang berpasang
Contoh: Kasut, mata
32. Patah
Perkataan
Contoh: patah perkataan
33. Pintu
Tempat kediaman atau berniaga
Contoh: rumah, kedai
34. Pucuk
Senjata api atau surat
Contoh: surat, pistol
35. Puntung
Benda yang sifatnya pendek-pendek
Contoh: kayu, api, rokok
36. Rangkap
Tulisan yang mengandungi beberapa ayat yang membawa satu maksud
Contoh: pantun, madah
37. Rawan
Benda yang bersirat sifatnya
Contoh: Pukat, jaring
38. Ruas
Benda yang mempunyai ruas iaitu bahagian antara buku dengan buku
Contoh: buluh, tebu
39. Rumpun
tumbuh-tumbuhan yang mempunyai akar yang sama
Contoh: serai, pandan
40. Sikat
benda yang berbentuk seperti sikat atau sisir
Contoh: pisang
41. Tandan
Buah yang tumbuhnya bergugus
Contoh: kelapa, pinang
42. Tangkai
Benda yang mempunyai gagang
Contoh: bunga, rambutan
43. Ulas
Buah yang mempunyai ruang atau petak
Contoh: nangka, durian
44. Untai
Benda yang dicucuk
Contoh: rantai, gelang
45. Urat
Benda yang panjang dan halus
Contoh: benang, rambut
46. Utas
benda yang panjang dan agak kasar sifatnya
Contoh: dawai, tali, rantai
2 Comments
tq info
ReplyDeleteSemoga bermanfaat Nurin 😘
Delete