sadisme |
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sadis dapat dipecahkan kepada beberapa maksud iaitu:
1. Suka atau bersifat menyakiti atau menyeksa orang dr segi fizikal atau mental untuk mendapat keseronokan atau kepuasan.
Contoh ayat: memang ada lelaki sadis yang mendapat kepuasan seks dengan mendera pasangannya.
2. Tidak mengenal belas kasihan, kejam.
Contoh ayat: kelihatan penuh sadis, burung hering itu menyiat-nyiat mangsanya.
3. Orang yg suka menyakiti atau menyeksa orang untuk mendapat keseronokan atau kepuasan, orang yang melakukan sadisme.
Di dalam kamus Pelajar Edisi Kedua pula, menerangkan bahawa sadis bermaksud sabdu tanda dalam tulisan Arab untuk menyatakan bunyi berangkap atau tasydid.
Manakala sedih pula bermaksud rasa pilu di dalam hati atau sedan/ sedu (tersedan-sedan, teresak-esak). Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua menyatakan sedih bermaksud pilu di dalam hati, susah hati atau dapat menimbulkan rasa pilu atau hiba.
Jadi, penggunaan kata sadis untuk keadaan yang menyedihkan adalah kurang tepat. Perkataan yang bersinonim dengan sedih ialah isak, tangis, sedu, sedan, senggukan, dan esakan.
p/s: Jangan sedih-sedih ya!
2 Comments
banyak je skrg ni anak-anak muda yang sebut "sadis" bila tengok sesuatu yang menyedihkan.
ReplyDeletewow ilmu menarik. budak kini sering menggunakan perkataan sadis, tetapi sebahagian kena dengan maksud dan sebahagian, penggunaan sadis tidak tepat dengan situasi. jadi dengan mengetahui erti makna sadis, dapat memperbaiki penggunaan kosa kata yang betul. :)
ReplyDelete