"Jika tak tahu apa yang kita nak, kita akan dapat apa yang kita tak nak."
Aku serabut.
Serabut bila aku selalu rasa pening dan pitam akibat dari haemoglobin rendah. Ohman. Serabut dengan tiba-tiba aku langgar Nissan Serena yang entah dari mana datang. Serabut dengan tiba-tiba aku positif Covid19 tapi aku cuma sakit otot kaki sahaja. Serabut menentang perasaan malas tapi kerja bertimbun.
Serabut itu dan serabut ini.
Pagi ni aku taknak buat apa-apa melainkan mencari kata-kata inspirasi dan motivasi untuk aku teruskan hidup untuk beberapa lama lagi. Kadang-kadang rasa juga macam nak mati. Aku depresi?
Lalu, aku berhenti di Instagram Affendi Salleh. Memang tulisan Tuan Affendi sesekali menyembuh calar calar dihati walaupun kadang-kadang aku buat buat faham je. Betapa powernya kata-kata, terkadang boleh jadi racun, kadang boleh jadi penawar. Setuju?
Kalau kau tak tahu apa yang kau nak, kau akan dapat apa yang kau taknak. Kadang-kadang aku sendiri hilang jati diri dan tak tahu apa yang aku nak. Aku dah salah jalan. Aku kena pulang. Dan betulkan niat. Betulkan tujuan. Nikmati proses dan terus melangkah.
Begitulah aku pagi ini. Serabut.
Terima kasih Tuhan membawa aku ke penulisan yang membina semula semangat yang entah bila pudar dan usang.
Aku doakan Tuan Affendi sentiasa sihat dan terus menulis penawar penyembuh semangat.
Sekian.
6 Comments
Selalu juga rasa serabut dan tidak fokus.
ReplyDeleteBahaya juga kalau terawang-awang.
Betul. Selalu terawang awang. Kadang kadang blur. Kurang oksigen agaknya haha
DeleteDari pagi sampai ke sekarang..baru betul-betul sempat baca entri ni hikhik.. jangan banyak memikir yer
ReplyDeleteSibuk pbd ya Ciktie. Kena buat peta minda ni agaknya baru nampak apa yang difikirkan. haha
DeleteSelalu juga baca kata motivasi sekiranya rasa down :)
ReplyDeleteKann. Kadang kadang rasa positif sikit.
Delete