Pengalaman Mewakili Perbarisan Baju Merah. Eh?

 

Assalamualaikum. Haha. 

Tiba-tiba rasa kelakar dengan tajuk sendiri. Betul ke mewakili kontinjen berbaris? Tapi kita tak mampu lagilah nak berbaris di KL nuuu. Kita join perbarisan peringkat daerah je. Itu pun dah separa hidup dah rasanya. 

Panas betul cuaca pada hari kejadian. 

Jangan ditanyalah ya mewakili kontinjen apa. Nanti rasa malu sebab tak cukup latihan. Kami semua busy sangat sampai tak cukup masa untuk itu dan ini. 

Tapi pengalaman yang satu ini cukup berharga dah rasanya. Tak serik pun sebab kawad dan berbaris ni boleh dikatakan sebati dalam diri sejak dari bangku sekolah lagi. Gitteww. Cumanya dah lama tak terpacak bawah matahari, aku rasa macam nak cair. 🌞




Akak pun taktau lah gambar kenapa kabur sangat dik. Kena salahkan fotografer hehehe

Terima kasih buat senior yang baik hati kerana menyenponsor (sponsor) baju korporat merah ni. Katanya dah tak muat dan boleh pakai terus selamanya. Hehehuu. Walaupun tak dapat nombor berapa berapa pun, tapi dapatlah hamper Mamee Monster dengan biskut Jacobs. Okay letu. 

Akhir kata,
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 65. Merdeka! Merdeka! Merdeka! 


Post a Comment

2 Comments