Tajuk Aktiviti : Sandpaper arts
Bidang pembelajaran: Tunjang Perkembangan fizikal dan Estetika
Standard Kandungan: KE 3.1 Mengetahui unsur seni(Persepsi Estetik)(4+)
Standard Pembelajaran: KE 3.2.2 Memilih media yang sesuai dalam penghasilan karya seni (4+)
Standard Pembelajaran yang disepadukan: BM 3.1.4 Mengkoordinasikan pergerakan mata dengan tangan melalui lakaran bentuk,corak dan garisan secara bebas
Objektif Pembelajaran: kanak kanak dapat
1) Mengetahui media yg digunakn untuk membuat sandpaper arts
2) Menceritakan hasil kerja mengikut kreativiti mereka dgn menggunakan media yg disediakan.
BBM: Kertas Pasir, crayon
Kemahiran;
1. Kendiri positif
- Yakin
- Berani
2. Sosial
- Boleh berkomunikasi dengan rakan².
Strategi Perlaksanaan:
Set induksi : PM menunjukkan video membuat sandpaper art dan menunjukkan hasil yg tlh sudah siap kepd kanak2
Langkah 1: PM memperkenalkan alatan yg akan digunakan kepada murid seperti krayon dan kertas pasir.
Kanak-kanak menyebut jenis bahan yang akan digunakan seperti crayon, kertas pasir.
Langkah 2: PM memberikan peralatan kepada setiap seorang kanak - kanak
Langkah 3: PM meminta kanak - kanak untuk menghasilkan satu karya seni iaitu sandpaper arts mengikut kreativiti mereka dengan menggunakan krayon dan kertas pasir .
Langkah 4 : Kanak - kanak akan menunjukkan hasil kerja mereka di hadapan kelas dan menceritakannya kepada rakan dan guru.
Langkah 5 : PM bersoal jawab dengan kanak - kanak
¹)" Apakah bahan media yg kita gunakan semasa buat aktiviti? "
²) " "Apa perasaan anak2 ketika membuat aktiviti ini?"
Langkah 6 : PM memberi pujian dan tepukan kepd kanak - kanak kerana berjaya menyiapkan tugasan.
Refleksi;
1. Pemaju Masyarakat- PM perlu menggunakan kertas pasir yg bewarna utk menarik perhatian kanak - kanak
2. Kanak-kanak- haziq dan zizi masih tidak dpt memegang batang krayon dengan btol
- mira malu untuk menceritakan hasil kerjanya di hadapan.
1 Comments
Good sharing
ReplyDelete