Definisi Operasional: Kognitif

 

Kognitif 

Kognitif ialah satu proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu. Kemahiran kognitif adalah berbeza dengan akademik. Namun begitu, kemahiran kognitif yang tinggi membolehkan seseorang murid berkeperluan khas belajar seperti murid tipikal yang lain. Bermula dengan teori perkembangan kognitif Piaget (1926 dalam Good & Brophy, 1990) teori ini menerangkan bahawa skema (the internal knowledge structure) berkembang apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya dan skema itu sentiasa berkembang dan berubah kerana menyerap dan menyimpan maklumat baru. Gagne (1985) pula menerangkan terdapat tiga peringkat pemprosesan maklumat, iaitu daftar deria (sensory register) dalam ingatan aktif (working memory, WM), ingatan jangka pendek (short-term memory, STM) dan ingatan jangka panjang (long-term memory, LTM).

 Maklumat baru yang dipelajari akan didaftarkan dalam WM dan jika diperlukan buat sementara waktu, ia akan disimpan dalam STM. Selepas digunakan beberapa kali, maklumat ini menjadi kekal dan disimpan dalam LTM untuk tempoh masa yang lama. Apabila maklumat ini perlu diingat kembali, ia akan diaktifkan semula dan dibawa ke WM untuk digunakan. Menurut Gagne, maklumat dalam minda sentiasa diproses dan diadaptasikan apabila maklumat baru diterima dan proses ini dinamakan proses pembelajaran. Ausubel (1978) menyokong teori pembelajaran ini melalui kajiannya yang mendapati bahawa jika pembelajaran itu memberi kesan kepada pelajar, maka ia akan lebih mudah dipelajari, diingat dan dihubungkaitkan dengan skema sedia ada, serta lebih kekal dalam ingatan. Bidang kajian ini dinamakan Sains Kognitif.



Rujukan: Mahfuzah Zainol, 2016. Panduan Pengajaran Pendidikan Khas Kemahiran Kognitif



Baca juga: Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Post a Comment

3 Comments

  1. Terima kasih sudah share ilmu bermanfaat. Salam singgah. Ijin saya follow blognya.
    Semoga saya difollow balik 😁😁😁

    ReplyDelete
  2. Nape la mama punya Nama x keluar hihi.. www.mamapipie.com

    ReplyDelete