Cara Mengatasi Sakit Hati Setelah Putus Cinta

Assalamualaikum. Hai hati hati yang kecewa. Apa khabar dengan hatimu? *muka sedih*
Semua mesti pernah rasakan macam mana perasaannya patah dan putus dan hancur dan berkecai dan tertipu ditipu menipu kejadah kauuuuuu!

If you nak jerit sekaranglah masanya. Jeritlah sekuat hati! Jeritlaaaa!!! Grrrr. Suruh jerit tak nak pulak.
Dah move on ke belum korang? Nana baru move on pagi tadi selepas kena cahaya matahari. Sakit betul rasanyakan? Hahaha. Na nak kongsi nasihat nasihat member-member yang baik hati memberi bahu dan ayat ayat sedap mereka. Terima kasih korgggg!

1. Menangis
Menangislah. Menangis macam mana cara korang nak pun. Bawah bantal, dalam selimut, dalam bilik air. Menangislah puas-puas.

2. Kutuk
Kutuk jela ex korang tu. Cari member satu kepala ting tong and kutuk kutuk dia sampai tak nampak satu kebaikan pun. (dosa tanggung sendiri). Kalau tak ada kawan, p cari Simsimi. Harharhar. K tak lawak.

3. Tidur
Bagi yang boleh tidur. Tidurlah sepuas puasnya. Bagi yang x boleh tidur, kau jangan tidur selamanya! Na terajang nanti.

4. Makan
Ada sesetengah orang, dorang suka makan untuk hilangkan stress. So, makan jela. Apadehal? Nanti gemuk, dietla pulak. Time tu kau dah move on. Maybe?

5. Keluar dari bilik
Pelis la pelis la. Jangan berkurung. Kau pernah fikir tak ex kau tu sedap sedap bermadu kasih dengan pacar barunya, kau masih dalam bilik dengan bantal busukmu. Hemm. Sedeyyyy!

6. Cari member single
Hanya makhluk yang single je faham kesunyian dan betapa bestnya being single. Dorang akan bagi positive comment punya! No doubt.

7. Delete
Delete semua yang berkaitan dengan ex korang. Gambar gambar, text, puisi, cengkerama, buku cerita, diari, dll. Buat apa simpan orang yang dah buang kau. Meh cerita kat gua.

8. Menyanyi
Kawan-kawan na asal ada yang putus cinta dorang akan cakap cenggini "petang ni jom karok, ade member putus cinta". Makanya, tiap kali ada yang putus cinta, kitaworang akan hang out sama sama. Chillex chillup. Karok jerit jerit dengan harapan geng yang sorang tu happy. Harapanlah~ hm.

9. Workout
Bersenamlah. Lemaukan kan kan time ditinggalkan. Gelap dunia rasanya. Hagaklah. *mata ke atas*. Bila kita bersenam automatic malam nanti kita penat, lapar, dan sebagainya. Selain daripada itu, bersenam juga mencergaskan minda dan mencerdaskan fizikal. Eh? Majulah sukan untuk negara!

10. Berdoa
Kepada siapa lagi kita nak mengadu selain dari Dia kan? Berserahlah pada yang Maha Kuasa. Kita hanya perancang, Dia lah yang menentukan. Yedak kawan kawan?

Oleh itu, sudahlah melara. Mari kira mandi. Berhingus hmm. Doakan Nana dapat jodoh yang baik baik, soleh, dan subur. Wkwkwk.

Daaaaa. >_<




Post a Comment

2 Comments