KESALAHAN EJAAN, TEKNIK PEMASARAN

Assalamualaikum,

Hai semua, apa khabar? 

Menulis bukan untuk nama, menulis untuk menyampaikan fikiran yang mungkin tak sama kata Saiful Nang. Akhir-akhir ni banyak sangat Na tengok iklan peniaga-peniaga online/tak online berselerakan di media-media sosial dan dimana mana sahaja sampai tergoda juga kadang-kadang. Tak kisahdari pelosok mana mereka datang. 

Tapi, Na ingin menyampaikan soalan-soalan yang tak mampu Na nak persoalkan. Ini mengenai pandangan individu dan seharusnya meminta pendapat individu-individu yang lain juga. Na kerapkali melihat dan mengkaji (busybody sebenarnya) cara segelintir para peniaga menyampaikan atau cara mereka mempromosikan produk. Tentang sengaja menggunakan perkataan-perkataan yang "comel". Na sendiri pun tertanya-tanya, adakah ini satu teknik pemasaran segelintir masyarakat kita ni?

Biasanya yang Na nampak mereka suka menggunakan ejaan yang salah dan sengaja dibuat-buat pelat. Contohnya,  satu company ni promote mereka punya produk kecantikan dengan menggunakan ayat yang sangat comel seperti, "jewawat tewos kuwang", "wabun tak tewok daa". Apa kata korang? Comel kan? 

Tapi pada pendapat peribadi Na, tak ada masalah pun kalau guna ejaan yang betul dan penggunaan kata yang betul. Na bukanlah nak koya Na ni guna perkataan betul semua. Na kurang pasti kalau syarikat-syarikat ternama di negara kita turut menggunakan kaedah ejaan yang "comel-comel" ni untuk melariskan produk mereka.





Pernah juga hari tu, students Na bertanya, "Kenapa dorang ni mengeja macam ni". Na pun dengan yakin berkata tentang strategi dorang nak lakukan produk tu. Lepas tu, mereka pun bertanya dan bertanya lagi, "Kalau eja betul-betul tak ada orang nak beli ke?" Speechless sisterrr. Cubalah renung semula, kadang-kadang yang baca semua ni bukan kita orang-orang dewasa yang boleh beza mana betul dan salah, ada juga kanak-kanak baru nak masuk sekolah. Kita juga dulu selalu belajar mengeja pada kotak-kotak kosmetik dan sebagainya.

Jadinya di sini, marilah kita sama-sama memartabatkan bahasa kita, bahasa Melayu. Kalau bukan kita orang Melayu yang menaiktarafkan bahasa ibunda, takkan nak tunggu orang lain pula kan? Maaflah kalau sinis sikit kali ini. 

Sekian. Wassalam. ✌



Post a Comment

4 Comments

  1. Iya betul tu cik na...saya sokong 😌❤️

    ReplyDelete
  2. Allahu bukan comel tu, macam gedik je bunyinya >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha betul Kai. Terkesima membacanya haritu. Haha.

      Delete