Kata Pinjaman Tulen dalam Bidang Perubatan



Kata Pinjaman Tulen

i.                    Kata Pinjaman Tulen Tidak Asimilasi
Kata pinjaman tulen tidak diasimilasikan merupakan kata yang diambil secara keseluruhan. Dalam penulisan istilah, model dalam bahasa asing dan replica dalam bahasa Melayu menpunyai bentuk dan makna yang sama. Bentuk ini mudah dikenal dalam penerbitan buku kerana secara ortografi ejaannya dicondongkan misalnya, abstrain ad valorem, interim dan tort.
Contoh yang terdapat dalam data ialah:

Bil
Istilah Bahasa Inggeris
Istilah Bahasa Melayu
1
prurigo
prurigo
2
pruritus
pruritus
3
Premolar
premolar
Jadual 1

ii. Kata Pinjaman Separuh Asimilasi
Kata pinjaman separuh asimilasi pula menpunyai bentuk morfemik dengan sedikit penyesuaian ortografi misalnya gugusan konsonan muncul pada awal atau akhir kata (ciri ini tidak wujud pada kata Melayu), iaitu “fl” - konflik, “kr” - kredit dan sebagainya. Kumpulan istilah ini merupakan istilah yang baru dipinjam dan belum sebati atau menyesuaikan diri dari segi sebutan dan ejaan. Pengejaan istilah ini dilakukan dengan cara mengubah unsur yang perlu sahaja supaya bentuk ejaan asal masih terlihat. Hal ini memudahkan pengenalan istilah baru itu dibandingkan dengan istilah asal dalam bahasa sumber.
Contoh yang terdapat dalam data ialah:

Bil
Istilah Bahasa Inggeris
Istilah Bahasa Melayu
1.       
acne
akne
2.       
Acrid
Akrid
Jadual 2

Leksis-leksis pinjaman tulen separuh asimilasi ialah kata-kata pinjaman yang menunjukkan bukti morfemis bentuk asli bahasa Inggeris dengan beberapa tahap adaptasi ortografis. Sebahagian leksis-leksis pinjaman tulen separuh asimilasi dan asimilasi penuh hanya berlaku dalam situasi yang mana bahasa penderma dan bahasa peminjam mempunyai sistem penulisan identikal seperti bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

iii.   Kata Pinjaman Tulen Asimilasi Lengkap
Kata pinjaman tulen asimilasi lengkap terhasil melalui penyesuaian ortografi dan tidak mudah untuk dikenal pasti asalnya, yakni model bahasa yang dipinjam. Hal ini berlaku kerana kata-kata tersebut telah lama diasimilasikan dalam budaya Melayu hingga tidak terasa keasingannya dengan lidah Melayu. Kata-kata ini sukar dikenal pasti kecuali seseorang itu mengetahui latar budaya dan sejarah yang membawa kepada pertembungan bahasa yang terlibat, sama ada bahasa Inggeris atau bahasa lain. Kata-kata begini misalnya, saman (summon), pencen (pension), lesen (licence), resit (receipt) dan sebagainya. Umumnya masih banyak kata daripada bahasa Inggeris dalam peristilahan ini masih lagi dalam proses asimilasi sehinggalah masyarakat pengguna tidak lagi merasa janggal dengan bunyi asing tersebut. Contoh yang terdapat dalam data ialah:

Bil
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
       1.
Hormone
Hormon
       2.
Anodyne
Anodin
Jadual 3
Dalam kebanyakkan kes, leksikal kata pinjaman asimilasi penuh atau asimilasi lengkap ini telah menjadi sebahagian daripada bahasa Melayu sejak lama dahulu dan telah menjadi sebahagian daripada kata umum bahasa Melayu (Carmel, 1989:103).

iv. Kata Pinjaman Tulen Asimilasi Ortografi
Kata pinjaman tulen asimilasi ortografi merupakan kata-kata yang telah disesuaikan ejaannya dalam bahasa Melayu tetapi sebutannya masih lagi sama dengan bahasa asing tersebut, yakni bahasa Inggeris. Perbezaan yang jelas antara kata ini dengan bahasa sumbernya ialah bentuk ortografi. Hal ini berlaku kerana ortografi dalam bahasa Inggeris tidak fonemik berbanding bentuk ortografi bahasa Melayu yang fonemik misalnya, arbitrary (arbitrari), artikel (article), autoriti (authority) dan sebagainya. Contoh yang terdapat dalam data termasuklah:

Bil
Bahasa inggeris
Bahasa melayu
1
Appendix
Apendiks
2
Artery
Arteri
3
Arthrosis
Artrosis
4
Etiology
Etiologi
5
Odontic
Odontik
Jadual 4

Menurut PUPI (1992:5), penulisan istilah dariapada bahasa asing hendaklah mengutamakan bentuk ejaan dalam bahasa sumber dan penyebutannya hedaklah diasimilasikan mengikut sistem bunyi bahasa Melayu.

v. Kata Pinjaman tulen Majmuk Asimilasi (KPTMA)
Kata pinjaman tulen majmuk asimilasi merupakan kata pinjaman yang mengalami penyesuaian istilah pinjaman dengan pola sintaktik bahasa Melayu. Istilah yang berbentuk kata majmuk dipinjam ke dalam bahasa Melayu untuk diasimilasikan dalam bentuk kata majmuk tanpa mengubah makna istilah tersebut. Pengasimilasian yang berlaku ialah daripada aspek makna iatu semantik. Peminjaman istilah yang melibatkan dua suku kata ini mengalami penyusunan semula untuk disesuaikan dengan struktur bahasa Melayu. Contohnya adalah “hepatic vein” yang menjadi “vein hepatik”. Berikut merupakan contoh yang terdapat dalam data:

Bil
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
1.
Postrenal anuria
Anuria postrenal
2.
Pityrasis capitis
Pitiriasis kapitis
3.
Spinal column
Kolum spina
Jadual 5


vi. Kata Pinjaman Tulen Asing Dipendekkan
Kata pinjaman tulen asing dipendekkan ialah kata pinjaman yang memendekkan struktur istilah apabila dipinjam ke dalam bahasa Melayu. Pemendekkan terjadi kerana struktur bahasa Inggeris yang lebih panjang dibandingkan bahasa Melayu. KPTAP mengalami asimilasi ortografi untuk memendekkan dan memudahkan suku kata istilah pinjaman. Berikut merupakan contoh yang terdapat dalam data kajian:
Bil
Bahasa Inggeris
Bahasa Melayu
      1.
turgidity
turgid
Jadual 6
Ada sesetengah perkataan diadaptasikan ke dalam kosa kata bahasa pertuturan, tatabahasa perkataaan tersebut mengalami pemendekan untuk disesuaikan dengan bahasa tersebut.





Post a Comment

0 Comments