Jerat dan Perangkap




Aktiviti memburu dikaitkan dengan kegiatan menangkap haiwan untuk dijadikan makanan, peliharaan ataupun dimanfaatkan sebagai sumber pendapatan. Ianya dilakukan tidak kira bangsa, dari serata pelosok dunia. Cara dan peralatan yang digunakan berbeza-beza mengikut jenis haiwan yang hendak ditangkap, ekologi setempat dan teknologi yang digunakan. Orang Melayu tidak terkecuali, turut memiliki kearifan sendiri berkaitan usaha menangkap haiwan dalam pelbagai persekitaran sama ada hutan, belukar, sungai, laut dan sebagainya.

Ada pelbagai teknik dan peralatan digunakan untuk memburu, berbeza-beza bergantung pada jenis haiwan yang hendak ditangkap dan persekitarannya. Antara peralatan tradisional yang digunakan adalah jaring, jebak, jerat, lembing, perangkap, racik, sumpitan, lastik, lukah, bubu dan pukat.

Perubahan zaman menyaksikan cara hidup orang Melayu turut berubah daripada tradisional kepada moden. Kini, aktiviti memburu bukan lagi suatu kelaziman kerana keperluan makanan diperolehi dengan cara yang mudah, asalkan ada duitnya. Perubahan cara hidup ini membuatkan ilmu dan kemahiran tentang memburu, memasang jerat dan perangkap kurang diambil kisah. Jika dibiarkan berterusan, dikhuatiri ilmu dan kemahiran ini makin lama makin hilang ditelan arus zaman.

Berikut ialah teknik jerat dan perangkap serta aktiviti yang berkaitan:

a.    Teknik-tenik jerat
-       Jerat bingkas/bidas
-       Jerat simbat
-       Jerat hempap
-       Jerat jerut


b.    Teknik-teknik perangkap

-       Perangkap kurungan
-       Perangkap jerlus
-       Perangkap lobang
-       Perangkap kotak


c.    Aktiviti menangkap burung

-       Jebak puyuh
-       Jebak tekukur
-       Jebak serindit
-       Jebak murai batu
-       Jebak wak-wak
-       Jerat ayam hutan
-       Racik
-       Seruling burung


d.    Aktiviti menangkap binatang di hutan

-       Jerat pelanduk
-       Perangkap ular
-       Perangkap kancil & kijang
-       Jerat tupai
-       Jerat monyet
-       Perangkap tikus


Jangan lupa baca 👉 Halangan Pemerolehan Bahasa Kedua


e.    Perangkap haiwan liar

-       Perangkap harimau
-       Perangkap buaya
-       Perangkap beruang
-       Perangkap babi
-       Perangkap kera
-       Perangkap musang


f.     Aktiviti menangkap ikan

-       Bubu
-       Lukah
-       Jala
-       Pukat
-       Tua
-       Kelong
-       Perangkap belut
-       Meriang
-       Pelompat
-       Joran
-       Mengelau
-       Tirut
-       Taut
-       Setapu


g.    Peralatan dan kemahiran ikhtiar hidup

-       Lastik
-       Panah
-       Serampang
-       Lembing
-       Tombak
-       Menekut
-       Sumpitan


h.    Peralatan dan teknologi moden
-     Perangkap tikus, lipas, lalat nyamuk dll.
-     Alat-alat menangkap haiwan liar di bandar.





Post a Comment

0 Comments