Za’ba
memberikan beberapa faktor orang Melayu meminjam unsur bahasa asing, salah
satunya ialah disebabkan keperluan. Peminjaman dilakukan apabila tidak terdapat
perkataan yang sesuai untuk menyatakan atau memberikan nama kepada sesuatu
perkara atau benda yang baharu atau asing daripada fikiran dan budaya orang
Melayu. Hal ini disebabkan oleh perkembangan dunia ilmu. Walaupun terdapat
perkataan Melayu, perkataan itu mungkin tidak sesuai dan tidak setara dengan
maksudnya. Perkataan itu juga mungkin sudah lapuk atau lusuh dan menjadi tidak
sesuai lagi untuk digunakan . Kosa kata daripada perkataan lain terpaksa
dipinjam kerana penggunanya tidak mengetahui kewujudan perkataan berkenaan
dalam bahasa Melayu. Walaupun perkataan itu wujud, mungkin penggunanya gagal
mengingat atau mencarinya ketika hendak digunakan. Peminjaman dilakukan untuk
melicinkan usaha merancang dan membina bahasa Melayu. Dengan cara itu juga,
status bahasa melayu dapat ditingkatkan sebagai bahasa moden.
Baca juga: Kata Pinjaman Tulen dalam Bidang Perubatan
Dalam buku Bahasa Melayu Kertas
1& 2 oleh Syarifah Nor Syed Abd Rahman, menyatakan bahawa faktor -faktor
peminjaman disebabkan oleh kekerapan penggunaan bahasa asing yang tinggi.
Masyarakat lebih kerap menggunakan sesuatu unsur bahasa asing sehingga menjadi
mudah dan senang diingati. Selain itu, peminjaman terjadi adalah untuk
mengatasi masalah sinonim. Penyebaran agama islam ke Nusantara membawa masuk
istilah yang ada atau memberi maksud yang lebih khusus daripada istilah sedia
ada seperti istilah “nikah” dan “kahwin”.
Selain
itu terdapat faktor struktural dan faktor bukan struktural dalam pembentukan
bahasa pinjaman ini. Faktor structural memperlihatkan proses peminjaman yang
berlaku secara berstruktur dan berperingkat. Beberapa aspek diketengahkan dalam
faktor ini iaitu persamaan struktur, iaitu diantara struktur bahasa. Perbezaan
yang terdapat di antara struktur-struktur bahasa akan menyebankan proses peminjaman
menjadi lebih terhad. Unsur linguistic yang bersifat terbuka akan lebih mudah
untuk mengalami proses peminjaman berbanding kata-kata fungsi seperti kata nama
dan sendi kata. Kekerapan penggunaan kata juga menjadi punca dalam proses
peminjaman kata. Ini disebabkan keperluan penggunaan kata yang tidak terdapat
dalam bahasa tempatan. Faktor ini boleh menimbulkan kekeliruan kerana
penggunaan secar tidak langsung sudah menjadi kebiasaan sehingga menganggap
kata tersebut merupakan kata asli yang terdapat dalam bahasa penutur. Keusangan
kata juga turut menyebabkan sesebuah bahasa mengalami peminjaman. Ini bagi
memastikan bahasa tersebut sentiasa releven untuk digunakan dan dapat difahami
oleh masyarakat penutur. Jika kata tersebut tidak mengalami unsur pinjaman,
penutur bahasa akan memilih untuk menggunakan bahasa yang lebih standard.
Selain daripada itu, kekurangan perbezaan semantik juga menyebabkan keperluan
meminjam istilah bahasa asing untuk memperlihatkan perbezaan antara dua makna.
Peminjaman
bukan struktural dapat diklasifikasi sebagai proses peminjaman secara
semulajadi. Antara faktor bukan bukan struktural seperti kesan perkembangan
sejarah kebudayaan Melayu yang terbentuk melalui proses pertembungan bahasa.
Faktor peminjaman bukan struktural juga melibatkan proses peminjaman daripada
bahasa yang berprestij. Namun begitu, tidak salah juga sekiranya bahasa yang
berkedudukan tinggi meminjam bahasa daripada bahasa yang berkedudukan rendah.
Peminjaman ini juga turut berlaku disebabkan oleh unsur semulajadi dalam
perkembangan sesebuah bahasa.
Apa itu Percampuran code? Code Mixing?
Apa itu Percampuran code? Code Mixing?
0 Comments