Minimalist Lifestyle. Trend atau Langkah Untuk Berjimat?


Assalamualaikum, hai.

Tahukah anda tentang kehidupan yang minimalis (minimalist lifestyle)? Adakah ianya trend ataupun cara untuk kita berjimat cermat? 

Terlebih dahulu, apa itu minimalist lifestyle atau simple living ini? 

Merujuk blog Becoming Minimalist , The minimalist lifestyle is about living with only the things you need. Minimalists are free from the desire to buy and accumulate more. Instead, they find happiness in relationships and experiences. Manakala menurut Inchenaim pula, hidup secara minima ini anda perlu hidup dengan kurang dari 50 barang. Persoalannya, mampukah kita? 




Na sangat tertarik dengan cara hidup individu yang mengamalkan konsep ini. Ringkas. Less stress. Selain daripada itu, kita lebih mudah untuk menguruskan perkakas dan barang-barang kita. Untuk memulakan kehidupan yang ringkas, pertamanya, kita perlu buang segala barangan yang tidak diperlukan lagi. 

Bagaimana untuk kita menentukan barang yang tidak perlu?


Na pernah baca tentang konsep 90 hari. Di sini kita perlu lihat barang-barang yang tidak kita guna dalam masa 90 hari tersebut. Sekiranya dalam jangkamasa itu kita tidak menggunakannya, ini bermakna barangan itu bukanlah keperluan kita. 

Selain daripada itu, kita haruslah bijak mengekonomikan pembelian barang. Kita tidak perlu membeli atau menyimpan barang yang sedia ada. Sedia ada di sini termasuklah warna, fungsi dan faedah yang sama.  Contohnya, mempunyai dua jenis pembaris yang sama dengan fungsi yang sama. 

Begitu juga dengan "barang kenang-kenangan". Apa contoh barang kenang-kenangan? Barang kenang-kenangan ini termasuklah keychain yang dibeli ketika melancong. Cuba bayangkan sekiranya setiap kali kita melancong dan kita beli keychain. Bukan satu tapi sepuluh. Kemudian kita simpan sampai ke sudah. Ianya akan menjadi lambakan. Simpanlah satu atau dua sahaja sekiranya anda betul betul ingin menyimpan kenangan tersebut. 


 Apa pendapat anda?

Kita juga sedia maklum bahawa kehidupan begini lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti. Bukan miskin ya. 
Jadi, apa pendapat anda dengan hidup secara minimal? Sediakah anda untuk hidup dengan lebih ringkas tetapi selesa?




Post a Comment

0 Comments