Pasca PT3: Aktiviti Menggunakan Straw


Assalamualaikum, hai. 
Kepada guru-guru yang kekeringan idea untuk membuat aktiviti kepada murid-murid, Na cadangkan untuk buat aktiviti menggunakan straw ni. 

Aktiviti ni Na buat semasa menjadi guru ganti dahulu. Tajuknya bebas. Pelajar boleh membina sendiri apa sahaja yang mereka inginkan menggunakan straw. Dan penggunaan straw juga tidak terhad. Mereka boleh menggunakan sebanyak mana yang mereka inginkan. Dengan ini, kita tidak akan menyekat imaginasi mereka. 

Daripada aktiviti ini, kita boleh membuat penilaian dan pelajar juga dapat menzahirkan kreativiti mereka. Aktiviti ini mungkin terlihat seperti sangat kekanak-kanakkan tapi sedarilah kita bahawa definisi kanak-kanak adalah sehingga 18 tahun ya! Haha. 



struggle is real haha














Beloved student



Haris dan rakitnya



Cikgu pun kurang pasti spesis apa. Hahaha



Kata mereka, "Ini meriam bukan Mariam" :)










Dan jangan lupa, cikgu perlu turut serta ya! (ada ramai cikgu lain yang turut serta sebenarnya)





Di sini, pelajar semua menerima arahan dengan baik dan dapat berimaginasi yang baik. Cikgu pun macam biasa, memberi ganjaran kepada mereka (gula-gula). Paling penting, husnuzon dengan pelajar ya cikgu-cikgu :)




Post a Comment

0 Comments