Youtuber Kegemaran: Fulhi Ahmad

Assalamualaikum. Hai semua. 

Kita semua sudah sedia maklum bahawa sekarang adalah era di mana semuanya terletak di hujung jari sahaja. Dari mencari resepi masakan, restoran kegemaran, hinggalah ke blog-blog sastera. Tapi hari ini Na bukan nak cerita pasal blog ya. Mari kita buka topik tentang Youtuber. 

Korang semua mesti ada Channel atau Youtuber kegemaran masing-masing kan? Siapa yang ada anak-anak, mesti Channel Didi and Friends menjadi pilihan utama. Pada Na, selain daripada video-video ASMR, Na biasanya lebih gemar mendengar puisi dan banyak belajar daripada pendeklamasi sajak-sajak ni. Tak kisahlah penyajak tempatan, negara jiran atau mereka yang kita gelar omputih. Ilmu tak kenal sempadan kan. Ahgitu!

Okay. Siapa Fulhi Ahmad
Fulhi Ahmad ni boleh dikatakan pemuisi atau penyajak (narator) kegemaran Na. Beliau banyak menulis dan menyampaikan sajak-sajak yang dibacanya daripada buku-buku. Anak muda yang berasal dari Serang, Indonesia berumur 28 tahun ini masih single ya. Hahaha. Dan sangat ganteng (kacak). 

Fulhi Ahmad

Pada korang yang berminat dengan puisi, sajak, penulisan kreatif, atau apa-apa jenis penulisan sastera, bolehlah dengarkan puisi yang dilantunkan (bola ke) oleh Fulhi Ahmad ni. 







Na kongsikan dua buah video beliau, yang lain-lain korang boleh search Fulhi Ahmad di Youtube ya! Korang boleh share channel atau Youtuber yang korang suka kat komen okay!

Bye semua! Wslm.



Baca entry sebelum ini

Post a Comment

0 Comments