Definisi Lingua Franca
Istilah
lingua franca ini berasal daripada
bahasa Latin. Lingua bermaksud bahasa
atau language dalam bahasa Inggeris. Franca pula berasal daripada perkataan
Frank, sebuah negara bangsa di Eropah Barat pada masa dahulu. Istilah ini
muncul semasa berlakunya Perang Salib pada 9 Masihi. Bahasa Frank telah
digunakan oleh pasukan tentera Kristian sebagai bahasa perantaraan dalam
kalangan mereka. Istilah tersebut lazim digunakan dalam banyak buku-buku kajian bahasa untuk menerangkan tentang
penggunaan bahasa secara meluas pada suatu daerah (Abdul Rashid Melebek, 2010).
Asmah
Hj Omar (2007) telah mendefinisikan lingua
franca sebagai bahasa yang diketahui kebanyakan penutur walaupun hanya pada
peringkat asas. Janet Holmes (2001) pula telah mendefinisikan lingua franca sebagai penggunaan sesuatu
bahasa untuk berkomunikasi di antara penutur yang bahasa pertama mereka berbeza
antara satu sama lain.
Lingua franca
ditakrifkan berdasarkan fungsi, tanpa mengambil kira sejarah atau struktur
bahasa itu walaupun terdapat bahasa
campuran (pijin dan kreol) yang berperanan sebagai lingua franca, namun kebanyakan lingua
franca bukan bahasa campuran. Istilah lingua
franca juga memaksudkan bahasa yang dikhususkan dalam bidang tertentu,
seperti bahasa Inggeris untuk kajian sains. Lingua franca bersinonim
dengan bahasa penghubung (vehicular language). Padahal bahasa vernakular merupakan
bahasa asli dalam lingkungan sebuah komuniti penuturnya, bahasa vehicular pula
menjangkaui batas komuniti asalnya, lalu dijadikan bahasa kedua untuk kegunaan
perhubungan antara komuniti. Contoh, bahasa Inggeris adalah bahasa vernakular
di England, tetapi di Filipina pula dijadikan bahasa penghubung (iaitu lingua
franca).
Sebab-sebab Bahasa Melayu
menjadi Lingua Franca
Sejarah telah membuktikan bahawa bahasa Melayu
telah menjadi Lingua Franca sejak abad ke-15. Pada abad itu, bahasa
Melayu dikenali sebagai bahasa perantaraan semasa Kesultanan Melayu Melaka.
Bahasa ini juga telah digunakan sebagai bahasa perdangangan antara kalangan
peniaga dan golongan elit di kepulauan Filipina. Sarjana Belanda, Francois
Valentjin telah menyifatkan penggunaan bahasa Melayu di rantau ini sebagai
bahasa yang mempunyai persamaan dengan penggunaan kontemporari Latin dan
Prancis di Eropah. Sebenarnya, pemilihan bahasa Melayu sebagai Lingua Franca
tidak berlaku begitu sahaja. Terdapat faktor luaran dan dalaman yang meyumbang
kepada pemilihan tersebut. Antaranya, faktor dalaman seperti sifat bahasa
Melayu dan faktor luaran seperti kelemahan bahasa-bahasa lain dan juga
kehadiran Islam di Alam Melayu.
Bukti bahasa Melayu sebagai bahasa dunia (Lingua Franca)
Bukti bahasa Melayu sebagai bahasa dunia (Lingua Franca)
Surat Sultan Abu Hayat kepada Raja Portugal pada tahun 1521 |
Surat izin dagang yang diberikan kepada James Lancester pada tahun 1602 |
Surat Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada James I Raja Inggeris pada tahun 1615 |
2 Comments
Tahniah dik....
ReplyDeleteTerima kasih bang :D
Delete