Bahasa Melayu: Ayat Perintah dan Contoh-contoh Ayat



Ayat perintah ialah ayat yang digunakan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, engkau dan kamu yang biasanya digugurkan. Ayat perintah dapat dibahagi kepada empat jenis: 

1. Ayat suruhan
Ayat suruhan ialah ayat yang digunakan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Kata ganti nama orang kedua boleh digugurkan atau dikekalkan untuk tujuan penegasan. Boleh juga menggunakan partikel -lah untuk tujuan melembutkan arahan. Contohnya, makanlah kuih ini. Antara contoh yang terdapat dalam data ialah:

i. Pintalah apa-apa yang anda mahukan.
iii. ...dengarlah pesanan aku ini baik-baik.
iii. Kau buatlah sesuatu bagi menghalang dia!

2. Ayat larangan
Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti jangan, atau usah sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Ayat ini dapat dilembutkan dengan menambahkan partikel -lah. Sejenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima partikel -lah, contohnya, Dilarang merokok

3. Ayat silaan
Ayat silaan ialah ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang. Ayat ini juga boleh dilembutkan dengan partikel -lah. Contohnya, Jemputlah minum air ini.

4. Ayat permintaan
Ayat permintaan ialah ayat yang menggunakan kata permintaan, seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan. Bentuk ayat silaan dan permintaan tidak membawa pengertian yang negatif sebagaimana yang terdapat dalam jenis ayat larangan. Oleh sebab itu, contoh ayat berikut tidak dianggap betul. Contohnya, Sila jangan merokok. Bentuk ayat larangan yang betul yang diberi ialah 'Jangan merokok'


gambar Google

Post a Comment

15 Comments

  1. Assalamualaikum w.b.t...hai,
    nice entry..lama dah sy x belajar bahasa melayu hehe..
    thank you for sharing..

    ReplyDelete
  2. Senang bisa blogwalking ke jiran tetangga. Salam,,

    ReplyDelete
  3. Betul..usahalah berhenti merokok ya ..sayang diri anda

    ReplyDelete
  4. mcm belajar bahasa melayu semula. seronoknyaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe bahasa jiwa bangsa. Semoga bermanfaat ya Ray ;)

      Delete
  5. Sy harap anak sy dpt belajar ttg ayat perintah kat sini nanti..kudos to this blog😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha cepat cepatlah kahwin cikgu 🥰🥰🥰

      Delete
  6. Tq sis, amat membantu untuk assignment saya. Tapi saya rasa macam xde tarikh kan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq jugak sis berkunjung ke sini. Aah. Memang off tarikh. Hehe.

      Delete
  7. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete