Apa itu Kata Arkaik Bahasa Melayu?


Hai. Assalamualaikum everything :)

Semoga semua masih ada di rumah dan dalam keadaan yang sihat ya. Bagaimana dengan PKPD korang semua? Harapnya keadaan cepat pulih seperti sediakala kan. Tahniah bagi kita semua yang tidak melanggar perintah. Huhu.

Dalam pada kebosanan dan mencari aktiviti yang bermanfaat semasa PKPD, pasti ada kalangan kita yang waktunya dihabiskan dengan mendengar lagu kan? Na sebenarnya tergerak hati menulis tentang bahasa arkaik ni selepas mendengar lagu Anta Permana. Mesti semua dah tahu kan maksud Anta Permana? Pada sesiapa yang masih belum tahu, Anta Permana ni bermaksud infinity yang asalnya dari Bahasa Melayu Klasik (Sastera lama). Indahkan penggunaan kata zaman dulu-dulu?

Rujukan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM)


Tapi, hari ni Na bukan nak cerita pasal Bahasa Melayu Klasik tau. Na nak cerita tentang bahasa arkaik (kata arkaik). Siapa tahu dan pernah dengar tentang bahasa arkaik? 

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Arkaik bermaksud, 1.kuno, sudah ketinggalan zaman; 2.sudah tidak lazim dipakai lagi (bkn kata, ungkapan, dsb).




Jadi, di sini kita tahukan bahawa bahasa arkaik ini adalah bahasa yang tidak digunakan lagi. Ianya tidak akan berkembang dan dianggap mati. Namun begitu, ada juga sasterawan negara yang menggunakan kata arkaik ini sebagai pengindah kata dalam karya mereka. Dalam buku Sasterawan Negara di Takhta Keunggulan oleh Mana Sikana ada menyatakan tentang, "Kekuatan Noordin Hassan terletak pada penggunaan bahasa arkaik, metafora, kiasan, bentuk prosa, dan puisi tradisi yang membuktikan pengarang terlalu mempertahankan tradisi dalam teknik dan gaya bercerita." Siapa Mana Sikana dan Noordin Hassan ni, kita bincangkannya nanti k. Haha. 

Okay, untuk korang yang nak mengetahui etimologi kata (asal usul kata) dari dalam Kamus Dewan, korang boleh pergi kat depan Kamus Dewan tu dan tengok KEPENDEKKAN. Di situ, kita boleh tahu dari mana asalnya perkataan yang kita guna (bahasa pinjaman) sekarang. Contohnya, Ar (Arab), Jw (Jawa), dan C (Cina). Untuk kata arkaik, korang boleh cari ark.

Di bawah Na kongsikan 10 kata arkaik yang jarang kita dengar beserta maksud dari PRPM ya.

1. Rekata - rasi, kata
2. Pengkal - Pingkal (perkataan dialek jawa yang bermaksud ketawa)
3. Alpukah - daya usaha, inisiatif
4. Afsun - pesona
5. Nyapang - sahabat, teman, kawan
6. Pangkai - besar
7. Pancir - bahagian yang di hadapan sekali (perarakan)
8. Pancalima - sejenis ramalan dengan jari
9. Nyanyu (menyanyu) - merepek, meraban
10. Runjam - menusuk, menjolok, merodok



Sekian. Wslm.
Stay safe. Stay home.









p/s: rujukan dan gambar semua dipetik dari Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka.

Post a Comment

5 Comments

  1. salam,wahh best juga belajar bahasa ni kan.. uniknyaa bahasa arkaik ni..^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. Unik kan? Teringin nak dengar macam mana org dulu dulu ni guna perkataan arkaik. Terima kasih nyapang. Hahaha

      Delete
  2. haha tula kan, camnala dulu2 guna prkatan arkaikni..sama2 nyapang^^

    ReplyDelete
  3. Kali pertama sy dgr bahasa arkaik nie. Sy mmg minat mendalami bahasa melayu nie dari kecik lagi. Terlalu minat. Boleh sis share lagi ilmu2 mcm nie ? Terima kasih 😍

    ReplyDelete