Berbagai-bagai
kajian telah dijalankan bagi mengkaji punca kepada masalah autisme. Sejak tahun
1930 lagi banyak penyelidikan telah mula dijalankan, namun setelah
kajian-kajian tersebut dilakukan, punca yang konkrit masih belum dapat
dipastikan. Namun begitu, berdasarkan kajian-kajian tersebut, kebanyakan
pengkaji dalam bidang perubatan menyatakan bahawa autisme berkemungkinan satu
penyakit keturunan. Ia merupakan satu masalah biologi yang menganggu perkembangan
dan sistem saraf otak. Seperti yang dinyatakan oleh Patricia M. Rodier (2000),
beliau menyatakan bahawa hal ini mungkin juga berpunca daripada pengambilan pil
“Thalidomide’’ yang digunakan untuk mengatasi masalah “morning sickness” yang sering menyerang ibu-ibu yang sedang
mengandung.
Kajian beliau
telah membuktikan bahawa satu kajian yang telah dijalankan oleh Milller dan
Stromland mendapati bahawa 5% daripada mangsa yang ibunya mengambil pil
tersebut. Deskripsi awal yang telah dibentangkan oleh Kanner ialah kontroversi “nature of nature”. Kanner mengatakan
bahawa berlaku masalah ketidakupayaan atau kegagalan untuk menunjukkan kasih
sayang dan kurang perhubungan antara anak-anak dengan ibu bapa yang terdiri
daripada golongan sosio ekonomi yang tinggi. Keadaan ini menyumbang kepada
suatu persekitaran yang akan menyebabkan masalah autisme boleh berlaku. Frances
Tustin menyokong pernyataan tesebut dengan bersungguh-sungguh dan beliau turut
menjelaskan bahawa pada peringkat awal, bayi berada dalam keadaan yang tidak
sedar mengenai bahagian-bahagian tubuhnya dan orang lain atau objek sebagai
satu unit yang berasingan.
Namun begitu,
apabila seorang bayi mencecah usia 6 bulan mereka sudah mula boleh membezakan
antara objek dengan manusia. Hubungan baik antara ibu dan anak adalah melalui
penyusuan. Sebagai seoarang ibu, seorang ibu juga tidak mungkin akan dapat
memenuhi semua kehendak bayi mereka kerana mereka sendiri tidak dapat memahami
apa kehendak bayi mereka. Fasa perkembangan ini juga dikenali sebagai fasa
percaya dan tidak percaya. Beliau juga turut menggunakan istilah normal prime
autism untuk fasa tersebut. Semasa fasa ini, bayi akan berasa terancam dan akan
menarik diri mereka dari dunia luar dan mereka akan menjadi seorang yang
autistik.
Bettelheim pula
telah memperkenalkan istilah psychogenic dimana ia bermaksud kanak-kanak yang
sangat aktif pada peringkat awal dan dapat memberikan respon atau isyarat semasa
mereka lapar. Tetapi sebaliknya apabila mereka berasa seperti terhalang untuk
melakukan sesuatu yang mereka mahukan, meraka akan berasa kecewa dan berasakan
mereka tidak boleh melakukan apa-apa dan ini menyebabkan mereka menarik diri
dari sesuatu situasi dan menjadi autistik.
Selain itu,
terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengalami tekanan
semasa mengandung juga akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungannya. Bayi
berkenaan akan mengalami masalah perkembangan sensori yang perlahan. Terdapat
juga kajian yang menunjukkan bahawa masalah rubella semasa mengandung juga
turut mengundang kepada masalah autisme. Rubella boleh mengakibatkan kesan
kesihatan yang agak serius di kalangan kanak-kanak yang lahir daripa ibu yang
dijangkiti. Antara penyakit yang terjadi disebabkan masalah rubella adalah
penyakit sawan dan pekak. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak
autisme boleh mendapat penyakit sawan di peringkat dewasa. Hasil-hasil kajian
ini memungkinkan rubella menjadi punca utama kepada masalah autisme.
Selain rubella ada juga hasil kajian yang menunjukkan bahawa autisme
juga mungkin berpunca darpada jangkitan virus. Desmond (dalam Paluszny 1979)
dalam kajiannya mendapati bahawa 64 kes yang dijangkiti rubella, 8 adalah
autistik. Selain itu, kajian Chess (dalam Paluszny 1979), beliau mendapati bahawa
243 kes yang dijangkiti rubella, 10 daripada mereka mengalami masalah autisme.
Namun begitu, selain dari punca-punca di atas, antara punca lain yang
memungkinkan terjadinya autisme hasil daripada kajian-kajian yang telah dijalankan,
antaranya ialah:
(i)
Faktor Persekitaran
Selain kecederaan otak, keturunan dan
ketidakseimbangan biokimia, faktor persekitaran juga boleh menjadi penyebab
kepada masalah pembelajaran. Persekitaran yang serba kekurangan kerana
kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak
selesa, persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak
yang tidak mesra boleh menimbulkan masalah pembelajaran dalam kalangan
kanak-kanak.
Terdapat bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak
bermasalah yang tidak menerima pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan
lagi masalah pembelajaran yang dihadapi. Oleh itu, pengajaran yang sistematik
patut diaturkan untuk semua pelajar bermasalah pembelajaran.
Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian
pelalian (immune dysfunstion) akan berkait dengan beberapa faktor
persekitaran yang boleh menyebabkan autisme. Terutamanya alahan kepada makanan
seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. Terdapat lebih
dari 60% kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik.
Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna
dengan baik dan menyebabkan protein daripada makanan ini tidak bertukar
menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya
dibuang memlalui kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali
oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin
iaitu casomorfin dan gliadrofin yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi
otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi
kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian dan tingkah laku (Jamila K.A.
Mohamed, 2005).
(ii)
Faktor
Psikologi
Kanner mempertimbangkan terdapat pengaruh
psikogenik sebagai penyebab autisme; iaitu ibu bapa yang beremosi, kaku, dan
terlalu mengongkong dalam mengasuh anak mereka dalam persekitaran yang secara
emosinya tidak stabil; dingin. Pendapat lain mengatakan adanya trauma pada anak
yang disebabkan perasaan marah yang meluap-luap yang tidak disedari oleh ibu,
yang sebenarnya tidak mahukan anak autistik ini. Ini mengakibatkan gejala
penarikan diri pada anak dengan autisme. Menurut Bruno Bettelheim, perlakuan
ibu bapa dapat menimbulkan perasaan terancam pada anak-anak.
(iii) Faktor Neurologi
Anak-anak yang mengalami austisme kebanyakannya
memiliki pola gelombang otak yang abnormal. Berbagai jenis ujian neurologis
telah membuktikan bahawa terdapatnya tanda-tanda ketidakfungsian otak pada
banyak anak-anak autistik. Ketidaknormalan neurologis pada para individu yang
mengalami autisme menunjukkan bahawa dalam masa perkembangan otak mereka,
sél-sel otak gagal bersatu dengan betul dan tidak membentuk jaringan perhubungan
seperti yang terjadi dalam perkembangan otak secara normal. Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti yang
kukuh bahawa ketidakfungsian cereblum, limbic system dan kemungkinan juga
temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autisme.
(iv) Faktor Kesihatan Lain
Salah satu punca berlakunya
autistik adalah akibat pencernaan. Lebih daripada 60 peratus kanak-kanak
autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu
berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicernakan dengan baik dan ini
menyebabkan protein daripada makanan ini tidak berubah menjadi asid amino
ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang melalui
kencing.
Walaupun pemakanan bukanlah
punca utama masalah ini, seseorang ibu yang ingin hamil sepatutnya sentiasa
mengamalkan pemakanan yang sihat sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil,
semasa sedang hamil dan juga semasa dalam pantang. Paling penting wanita hamil
perlu mengambil asid folik yang dibekalkan doktor. Ini kerana terdapat banyak kajian
menunjukkan kepentingan asid folik untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam
kandungan. Namun begitu, ramai wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid
folik perlu dilakukan tiga bulan sebelum hamil.
Kecederaan otak boleh
berlaku sebelum kelahiran bayi yang mana ibu mengandung mengambil alkohol atau
dadah, dijangkiti demam campak atau merokok. Kecederaan otak juga boleh
berlaku. Contohnya, kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen. Selepas
kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas, hentakan yang
kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan jangkitan seperti meningitis.
(v)
Psikomotor
Psikomotor merupakan aktiviti fizikal yang
berkaitan dengan proses mental. Psikomotor mempunyai pelbagai definisi. Di
antaranya termasuk kombinasi keadaan mental dan keupayaan motor serta
pergerakan rela berkenaan dengan aktiviti neural atau serebral. Kebiasaannya,
kanak-kanak yang mengalami autisme mereka mempunyai bentuk pergerakan yang
sedikit aneh. Hal ini demikian kerana, mereka suka akan ulangan gerak badan
yang dilakukan. Perulangan pergerakan ini dipanggil sebagai ecolalia iaitu
mereka suka memusingkan tubuh berulang kali, menggoyangkan badan. Kadang kala,
aspek psikomotor yang boleh dilihat pada kanak-kanak autisme ialah mereka boleh
berjaga sehingga lewat malam kerana perlakuan yang terlampau aktif. Selain itu,
kanak -kanak yang mempunyai autisme ini sangat unik kerana mereka boleh duduk
dengan masa yang agak lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi
kerana kedudukannya yang statik dan hanya mendiamkan diri. Walau bagaimanapun,
perlu kita tahu bahawa kanak- kanak autisme suka bersendirian dan tidak suka
akan perubahan yang melibatkan mereka.
8 Comments
wahh banyak juga faktor faktor yang mendorong bayi untuk menjadi autisime :o. Terima kasih atas info yang diberikan! Salam perkenalan :)
ReplyDeleteBoleh singgah blog saya https://khairinazahari04.blogspot.com/
Kannn. Harap anak anak kita dijauhkan lah ya :) Stay safe Khairina.
Deleteyupp persekitaran memainkan peranan penting :)
ReplyDeletebetul betul Nard. Kita yang dewasa pun perlu bantu mewujudkan persekitaran yang selamat untuk kanak kanak. ;)
Deletebanyak saya belajar dari entry ni , takut juga bila tgok kes anak autism mcm meningkat . Banyak juga puncanya . Baru tahu mereka kebanyakan mempunyai masalah digestion
ReplyDeleteKannnn. Kita kalau ada masalah digestion pun macam gas naik ke kepala hahaha.
Deletekaella merupakan salah satu guru bagi kanak-kanak austism ni, semua benda ni kena ambik tahu, dari cara dia cakap, cara di pgg pensil dan semua.
ReplyDeleteWahhh. Semoga sentiasa dirahmati cikgu. Harap boleh tengok hasil hasil kerja anak anak ;)
Delete