Punca-punca Autism dalam Kalangan Kanak-Kanak

 

Berbagai-bagai kajian telah dijalankan bagi mengkaji punca kepada masalah autisme. Sejak tahun 1930 lagi banyak penyelidikan telah mula dijalankan, namun setelah kajian-kajian tersebut dilakukan, punca yang konkrit masih belum dapat dipastikan. Namun begitu, berdasarkan kajian-kajian tersebut, kebanyakan pengkaji dalam bidang perubatan menyatakan bahawa autisme berkemungkinan satu penyakit keturunan. Ia merupakan satu masalah biologi yang menganggu perkembangan dan sistem saraf otak. Seperti yang dinyatakan oleh Patricia M. Rodier (2000), beliau menyatakan bahawa hal ini mungkin juga berpunca daripada pengambilan pil “Thalidomide’’ yang digunakan untuk mengatasi masalah “morning sickness” yang sering menyerang ibu-ibu yang sedang mengandung.

Kajian beliau telah membuktikan bahawa satu kajian yang telah dijalankan oleh Milller dan Stromland mendapati bahawa 5% daripada mangsa yang ibunya mengambil pil tersebut. Deskripsi awal yang telah dibentangkan oleh Kanner ialah kontroversi “nature of nature”. Kanner mengatakan bahawa berlaku masalah ketidakupayaan atau kegagalan untuk menunjukkan kasih sayang dan kurang perhubungan antara anak-anak dengan ibu bapa yang terdiri daripada golongan sosio ekonomi yang tinggi. Keadaan ini menyumbang kepada suatu persekitaran yang akan menyebabkan masalah autisme boleh berlaku. Frances Tustin menyokong pernyataan tesebut dengan bersungguh-sungguh dan beliau turut menjelaskan bahawa pada peringkat awal, bayi berada dalam keadaan yang tidak sedar mengenai bahagian-bahagian tubuhnya dan orang lain atau objek sebagai satu unit yang berasingan.

Namun begitu, apabila seorang bayi mencecah usia 6 bulan mereka sudah mula boleh membezakan antara objek dengan manusia. Hubungan baik antara ibu dan anak adalah melalui penyusuan. Sebagai seoarang ibu, seorang ibu juga tidak mungkin akan dapat memenuhi semua kehendak bayi mereka kerana mereka sendiri tidak dapat memahami apa kehendak bayi mereka. Fasa perkembangan ini juga dikenali sebagai fasa percaya dan tidak percaya. Beliau juga turut menggunakan istilah normal prime autism untuk fasa tersebut. Semasa fasa ini, bayi akan berasa terancam dan akan menarik diri mereka dari dunia luar dan mereka akan menjadi seorang yang autistik.

Bettelheim pula telah memperkenalkan istilah psychogenic dimana ia bermaksud kanak-kanak yang sangat aktif pada peringkat awal dan dapat memberikan respon atau isyarat semasa mereka lapar. Tetapi sebaliknya apabila mereka berasa seperti terhalang untuk melakukan sesuatu yang mereka mahukan, meraka akan berasa kecewa dan berasakan mereka tidak boleh melakukan apa-apa dan ini menyebabkan mereka menarik diri dari sesuatu situasi dan menjadi autistik.

Selain itu, terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa ibu-ibu yang mengalami tekanan semasa mengandung juga akan memberi kesan kepada bayi dalam kandungannya. Bayi berkenaan akan mengalami masalah perkembangan sensori yang perlahan. Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa masalah rubella semasa mengandung juga turut mengundang kepada masalah autisme. Rubella boleh mengakibatkan kesan kesihatan yang agak serius di kalangan kanak-kanak yang lahir daripa ibu yang dijangkiti. Antara penyakit yang terjadi disebabkan masalah rubella adalah penyakit sawan dan pekak. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak autisme boleh mendapat penyakit sawan di peringkat dewasa. Hasil-hasil kajian ini memungkinkan rubella menjadi punca utama kepada masalah autisme.

Selain rubella ada juga hasil kajian yang menunjukkan bahawa autisme juga mungkin berpunca darpada jangkitan virus. Desmond (dalam Paluszny 1979) dalam kajiannya mendapati bahawa 64 kes yang dijangkiti rubella, 8 adalah autistik. Selain itu, kajian Chess (dalam Paluszny 1979), beliau mendapati bahawa 243 kes yang dijangkiti rubella, 10 daripada mereka mengalami masalah autisme. Namun begitu, selain dari punca-punca di atas, antara punca lain yang memungkinkan terjadinya autisme hasil daripada kajian-kajian yang telah dijalankan, antaranya ialah:

 

(i)                 Faktor Persekitaran

Selain kecederaan otak, keturunan dan ketidakseimbangan biokimia, faktor persekitaran juga boleh menjadi penyebab kepada masalah pembelajaran. Persekitaran yang serba kekurangan kerana kemiskinan seperti pemakanan yang tidak seimbang, keadaan rumah yang tidak selesa, persekitaran yang kotor dan bising, hubungan ibu bapa dengan anak-anak yang tidak mesra boleh menimbulkan masalah pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak.

Terdapat bukti menunjukkan bahawa kanak-kanak bermasalah yang tidak menerima pengajaran yang sistematik, telah memudaratkan lagi masalah pembelajaran yang dihadapi. Oleh itu, pengajaran yang sistematik patut diaturkan untuk semua pelajar bermasalah pembelajaran.

Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian pelalian (immune dysfunstion) akan berkait dengan beberapa faktor persekitaran yang boleh menyebabkan autisme. Terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. Terdapat lebih dari 60% kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik dan menyebabkan protein daripada makanan ini tidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang memlalui kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian dan tingkah laku (Jamila K.A. Mohamed, 2005).

 

(ii)               Faktor Psikologi

Kanner mempertimbangkan terdapat pengaruh psikogenik sebagai penyebab autisme; iaitu ibu bapa yang beremosi, kaku, dan terlalu mengongkong dalam mengasuh anak mereka dalam persekitaran yang secara emosinya tidak stabil; dingin. Pendapat lain mengatakan adanya trauma pada anak yang disebabkan perasaan marah yang meluap-luap yang tidak disedari oleh ibu, yang sebenarnya tidak mahukan anak autistik ini. Ini mengakibatkan gejala penarikan diri pada anak dengan autisme. Menurut Bruno Bettelheim, perlakuan ibu bapa dapat menimbulkan perasaan terancam pada anak-anak.

 

(iii) Faktor Neurologi

Anak-anak yang mengalami austisme kebanyakannya memiliki pola gelombang otak yang abnormal. Berbagai jenis ujian neurologis telah membuktikan bahawa terdapatnya tanda-tanda ketidakfungsian otak pada banyak anak-anak autistik. Ketidaknormalan neurologis pada para individu yang mengalami autisme menunjukkan bahawa dalam masa perkembangan otak mereka, sél-sel otak gagal bersatu dengan betul dan tidak membentuk jaringan perhubungan seperti yang terjadi dalam perkembangan otak secara normal. Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh bahawa ketidakfungsian cereblum, limbic system dan kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autisme.

 

(iv) Faktor Kesihatan Lain

Salah satu punca berlakunya autistik adalah akibat pencernaan. Lebih daripada 60 peratus kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicernakan dengan baik dan ini menyebabkan protein daripada makanan ini tidak berubah menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang melalui kencing.

Walaupun pemakanan bukanlah punca utama masalah ini, seseorang ibu yang ingin hamil sepatutnya sentiasa mengamalkan pemakanan yang sihat sekurang-kurangnya tiga bulan sebelum hamil, semasa sedang hamil dan juga semasa dalam pantang. Paling penting wanita hamil perlu mengambil asid folik yang dibekalkan doktor. Ini kerana terdapat banyak kajian menunjukkan kepentingan asid folik untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Namun begitu, ramai wanita tidak tahu penambahan pengambilan asid folik perlu dilakukan tiga bulan sebelum hamil.

Kecederaan otak boleh berlaku sebelum kelahiran bayi yang mana ibu mengandung mengambil alkohol atau dadah, dijangkiti demam campak atau merokok. Kecederaan otak juga boleh berlaku. Contohnya, kelahiran seperti bayi kekurangan oksigen. Selepas kelahiran, kecederaan otak boleh berlaku disebabkan demam panas, hentakan yang kuat pada bahagian kepala akibat kemalangan dan jangkitan seperti meningitis.

 

 

(v) Psikomotor

Psikomotor merupakan aktiviti fizikal yang berkaitan dengan proses mental. Psikomotor mempunyai pelbagai definisi. Di antaranya termasuk kombinasi keadaan mental dan keupayaan motor serta pergerakan rela berkenaan dengan aktiviti neural atau serebral. Kebiasaannya, kanak-kanak yang mengalami autisme mereka mempunyai bentuk pergerakan yang sedikit aneh. Hal ini demikian kerana, mereka suka akan ulangan gerak badan yang dilakukan. Perulangan pergerakan ini dipanggil sebagai ecolalia iaitu mereka suka memusingkan tubuh berulang kali, menggoyangkan badan. Kadang kala, aspek psikomotor yang boleh dilihat pada kanak-kanak autisme ialah mereka boleh berjaga sehingga lewat malam kerana perlakuan yang terlampau aktif. Selain itu, kanak -kanak yang mempunyai autisme ini sangat unik kerana mereka boleh duduk dengan masa yang agak lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi kerana kedudukannya yang statik dan hanya mendiamkan diri. Walau bagaimanapun, perlu kita tahu bahawa kanak- kanak autisme suka bersendirian dan tidak suka akan perubahan yang melibatkan mereka.

Post a Comment

8 Comments

  1. wahh banyak juga faktor faktor yang mendorong bayi untuk menjadi autisime :o. Terima kasih atas info yang diberikan! Salam perkenalan :)
    Boleh singgah blog saya https://khairinazahari04.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Harap anak anak kita dijauhkan lah ya :) Stay safe Khairina.

      Delete
  2. yupp persekitaran memainkan peranan penting :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul Nard. Kita yang dewasa pun perlu bantu mewujudkan persekitaran yang selamat untuk kanak kanak. ;)

      Delete
  3. banyak saya belajar dari entry ni , takut juga bila tgok kes anak autism mcm meningkat . Banyak juga puncanya . Baru tahu mereka kebanyakan mempunyai masalah digestion

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn. Kita kalau ada masalah digestion pun macam gas naik ke kepala hahaha.

      Delete
  4. kaella merupakan salah satu guru bagi kanak-kanak austism ni, semua benda ni kena ambik tahu, dari cara dia cakap, cara di pgg pensil dan semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh. Semoga sentiasa dirahmati cikgu. Harap boleh tengok hasil hasil kerja anak anak ;)

      Delete