Assalamualaikum, hai semua.
Kita mulakan cabaran hari pertama dengan bismillah. Awkward pula rasa nak bercerita tentang diri sendiri ni. Jadi, aku ringkaskan dengan menyatakan 5 fakta tentang diri yang kerdil ini dengan seringkas-ringkasnya.
1. Anak Pahang
Aku anak Pahang. Temerloh, Pahang. Kalau korang selalu dengar orang Pahang yang guna loghat koi koi koi tu, aku asal dari sana lah. Aku dilahirkan di Temerloh, membesar di Temerloh dan masih menetap di Temerloh. Dan berharap mati pun di Temerloh haha.
2. Puisi
Aku penggemar puisi dan aku baca semua jenis puisi. Cumanya aku jarang ingat nama penulis. Maafkan aku ya. Bagi aku, menulis puisi umpama kita melukis menggunakan aksara, mewarna menggunakan emosi dan disampaikan kepada seseorang yang mencintainya. Siapa je yang betul-betul menghayati sebuah puisi dan seni? Bagi sesiapa yang menulis puisi, aku sangat menghargai sesuatu yang korang sampaikan walaupun korang tak tahu aku pernah singgah di situ. Em em.
3. Ambivert
Ambivert. Ya weh. Aku enjoy being alone for hours tapi aku tak rimas pun kalau ramai-ramai. Aku boleh lepak satu meja yang penuh orang, tapi kadang-kadang aku awkward kalau hanya berdua. Haagitu. Aku juga ada banyak circle, circle untuk bussiness lain, circle untuk soothing my soul pun lain dan circles yang lain-lain lagi lah. Aku juga seorang yang mudah adapt dengan persekitaran. Mungkin boleh jadi hijau kalau duduk tepi pokok.
4. Ranidaphobia
Aku takut katak. Sumpah aku takut. Aku bukan geli yang terjerit-jerit tu tau. Aku ni takut macam katak tu bahaya. Orang kata kalau kita takutkan something, cuba cari punca. Aku syak aku dengar cerita arwah nenek aku dulu, kalau katak gigit, kita kena tunggu petir baru katak tu lepaskan. Lebih kurang macam tu lah. Aku rasa cerita betulnya bukan katak tapi sesumpahkan? Sampai sekaranglah aku masih takutkan katak. Hari-hari aku cuba tengok katak comel untuk atasi ketakutan aku. Doakan aku ya.
5. Alumni Akademi Pengajian Melayu, UM
Since ramai rupanya kawan-kawan blogger juga alumni UM, aku pun nak bagitau aku dari UM juga. Haha. Manalah tau boleh ber'reunion' sesama kita di sana. So, persoalan korang kenapa aku menulis tentang bahasa Melayu dah terjawablahkan? Aku sengaja berkongsi ilmu yang ada dan membantu anak-anak kita semasa pdpr hari tu. Harapnya memberi manfaat sesama kita. Hee
(Tertinggal 5 rupanya. Thanks to Aienienka sebab tegur tak cukup haha)
Itulah sahaja 5 fakta tentang aku. Kalau nak tahu lebih-lebih, korang email jelah. Aku tak sombong. Hehe.
Okbye.
Baca juga: Day 2: Cara Anda Berfesyen
10 Comments
Ammi pun rasa Ammi sejenis ambivert. Bila beramai2 mcm huhahuha tp bila duduk berdua tetiba krik krik.
ReplyDeletePastu yg tunggu petir br lepas gigitan kalau yg Ammi biasa dengar kalau labi2 yg gigit.
Mcm2 version lak ye
Kan Ammi. Sorang-sorang happy,ramai-ramai happy jugak. Haha. Version labi-labi ni pernah dengar jugak, jangan kokak dek rimau kena tunggu petir sudahlah ya.
DeleteHarap2 tak terlibat dengan banjir besar yang lepas
ReplyDeleteAminn. Risau juga ni memikirkannya.
Deletesaya tidak takut katak tetapi sangat geli dengan cicak hehehe
ReplyDeleteCicak dengan katak ni muka dia serupa je. Hahaha
Deletehaii jemput follow kita ya
ReplyDeleteBaik sisterrr. Done follow 🥰
Delete1 2 3 4.. cukup la ada 5... eh skrol balik. Hurm... betul tak mata sis ni? tido la. kot mata dah letih sangat.
ReplyDelete*monolog sendiri. tp saja nak taip sini. ahhaa
Hahahahaha astagaaaaaa. Hahahaha. Esoklah tambah satu lagi hahaha
Delete